Friday, March 30, 2012

Ironi.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Hah, baru nak nampak batang hidung kau! Ingatkan dah sesat, tak ingat jalan nak balik rumah." Shahir tersentak dengan sergahan dari Encik Hairi, bapanya. Tetapi dia berlagak biasa, menonong masuk ke dalam biliknya tanpa beri respon pada Encik Hairi.

"Ish awak ni, dia kan baru balik tu. Cakap la elok-elok sikit." Puan Salmah menegur suaminya.

"Huh tu la awak, manjakan sangat dia tu. Kita cakap dengan dia, dia boleh buat tak reti je. Rumah ni dah macam hotel! Dia balik untuk tidur semata-mata, yang kita ni dah macam tunggul."

"Aik, saya pula yang kena? Habis awak tu--" belum sempat Puan Salmah menghabiskan ayat, dilihat anak lelaki tunggalnya itu keluar dari bilik menuju ke pintu utama. "Eh, Shahir nak pergi mana ni?"

Teguran ibu mematikan langkah Shahir. "Keluar, ada group discussion. Pergi dulu ibu."

"Kan baru balik? Makan la dulu." ucap Puan Salmah.

Shahir menggeleng. "Ada member tunggu dalam kereta." Ringkas jawapan Shahir. Puan Salmah membontoti langkah Shahir ke muka pintu. Terkejut dia melihat seorang gadis di sebalik dinding di muka pintu tersebut.


"Assalamualaikum aunty," Lembut suara yang menyapa diiringi dengan huluran tangan si gadis.

"Wa'alaikumsalam," huluran disambut. Kaget. Malu.

Encik Hairi yang tidak tahu apa yang berlaku di luar masih memarahi Shahir, "Tengok la tu, balik ambil barang lepas tu keluar. Haa elok sangat lah tu."

"Ibu, Shahir pergi dulu ye." Puan Salmah hanya mengangguk. Pandangannya berselang-seli antara Shahir dengan gadis tadi. Tidak lekang senyuman di bibir gadis itu. Dia masih tercegat di muka pintu sehingga kereta anaknya hilang dari pandangan.

"Awak ni kenapa? Budak tu buat salah awak marah, dia pergi study pun awak bising. Awak nak dia duduk bawah ketiak awak je ke?" Puan Salmah jadi sebal. Dia menarik grill dan daun pintu kemudian meninggalkan suaminya di ruang tamu.



"Sorry 'bout that," ujur Shahir mematikan runag sepi antara mereka di dalam kereta.

"No worries," balas Shafiqa sambil tersenyum. Sungguh otaknya ligat berputar mencari ayat yang sesuai untuk meminta maaf kerana keluar dari kereta tadi.

"You shouldn't get out from this car, ain't you?"

"Yeah, sorry 'bout that. I thought it's just not nice to sit in here without meeting your parents and greet 'em."

"Y'know, you don't have to do that to my parents. They never care with whom I'm going out with." Terbeliak mata Shafiqa mendengar kata-kata Shahir.

"Kenapa awak cakap macam tu? They are your parents and of course they care 'bout you. If not, takkan la diorang risaukan awak." Shahir gelak sinis.

"Risaukan saya?" Shahir menggeleng. "Entah bila masa diorang risaukan saya. Yang diorang tahu, lepaskan geram pada saya dan marahkan saya. Itu saja." Shafiqa memusing badannya menghadap Shahir yang fokus pada pemanduannya.

"Marah tu tandanya sayang. Awak tak pernah dengar ke?" Shafiqa mengetap giginya melihat gelagat Shahir yang tiada riak menyesal dengan kata-katanya. "Sekurang-kurangnya awak ada ibubapa." rendah suara Shafiqa. Badannya kembali ditegakkan memandang ke jalan raya yang masih banyak dengan kenderaan.


Shahir memandang gadis itu sekilas. Dia memang tak pernah rapat dengan Shafiqa tapi yang dia tahu gadis itu dibesarkan di rumah anak-anak yatim piatu.

"I prefer your part." serius suara Shahir sekali lagi membeliakkan mata Shafiqa.

"What do you mean? For you it's better to be like me? No parents at all?"

"Yeah." Shafiqa beristighfar perlahan mendengar jawapan Shahir.

"Jangan bercakap ikut perasaan. Awak tengah marah, tengah sakit hati sebab tu awak cakap macam tu." Gadis itu menarik nafas dalam-dalam. "Awak tahu tak betapa orang macam saya inginkan ibubapa? Someone who cares, gives advice, corrects when you gets wrong and what not."

"Awak tak kenal ibubapa saya. Diorang bukan macam ibubapa orang lain." Shahir masih kuat berpegang pada pendapatnya.

"Setiap orang ada cara yang tersendiri nak didik anak-anak mereka." Bidas Shafiqa.

"Still, I prefer your part." Shafiqa diam. Bukan kelu, tapi dia terfikirkan sesuatu. Shahir yang memandangnya sekilas perasan senyuman yang terukir di bibir gadis itu.

"Kenapa awak senyum? Setuju dengan pendapat saya?" Shahir senyum bangga.

"How ironic people are, right? Bila Allah bagi hujan, kita mahukan matahari. Tapi bila Allah dah bagi matahari, kita nak hujan pula." Senyuman masih melekat di wajah Shafiqa dan Shahir hanya diam terkelu.



click, click, click! :)

Sunday, March 25, 2012

I believe.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


I Believe lyric.


When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
Coz I believe
I believe

I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared with him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Coz I believe
I believe

I believe
Do you believe, oh do you believe?

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Coz I believe
I believe

I believe
Do you believe, oh do you believe?

I believe I believe, I believe, I believe



"Manusia sering memandang masalah kecil sebagai satu masalah besar. Malah mereka sering berhadapan dengan masalah yang sama berulang kali kerana tidak yakin dengan kemampuan diri dalam menyelesaikan masalah. Hakikatnya kemampuan dan potensi manusia menyelesaikan masalah itu lebih besar daripada masalah yang wujud."

Ouch! Tepat terkena batang hidung saya. Huks.
Anyway, happy Sunday u'olls! :)

click, click, click! ;)

Saturday, March 24, 2012

Sabar.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Wow, time flies! Tomorrow is the time where I have to get back to Shah Alam. Leaving behind my own bedroom and lovely family.
How I'm going to miss my house for everything I can eat and cooked anything that I'm craving for. Tskkk.


HAHA I know, manjakan I? Pfttt, c'mon Balqis! Shah Alam je pun, bukan jauh sangat. Lagipun, bersabar dalam menuntut ilmu tu kan besar ganjarannya.

I believe this coming semester is going to be pack and busy since it is short semester. Schedule for our hospitality and tourism department haven't publish yet. Arghhh I'm dying to know my schedule!
Again, all I can do is be patient.

Till then, take care people! See ya :)

click,click, click! ;)

Wednesday, March 21, 2012

Ayat-ayat cinta.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Orang yang mendapat penghargaan Allah.

"Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu/berjihad/berpuasa), yang ruku', yang sujud, orang-orang yang menyuruh ke arah ma'ruf dan mencegah mungkar dan orang-orang yang memelihara hukum-hukum Allah. Gembirakanlah orang-orang mukmin itu." ~ Surah At-Taubah ayat 112.

Subhanallah.
Sedangkan bila kita mendapat penghargaan manusia pun kita sudah rasa seronok dan berbesar hati.
Bayangkanlah jika kita mendapat penghargaan dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alangkah bahagianya.

click, click, click! ;)

Sunday, March 11, 2012

Lain.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Babe," tumpuan Aisyah beralih pada Azreen yang menegurnya.

"Hmm?" buku teksnya ditutup.

"Babe, kau kenal tak siapa ni?" naskah yang dipegang Azreen dihulurkan pada Aisyah. Gambar seorang lelaki yang agak kacak memenuhi satu ruangan muka surat. Aisyah menggeleng.

"Entah, tak kenal pun. Siapa dia ni?" soal Aisyah menghulurkan kembali naskah itu pada sahabatnya.

"Kau tak kenal dia ni? Seriously, babe?" Azreen menggeleng. "Rugilah kau. Famous kot dia ni," Azreen menyambung lagi.

"Yeke?" Aisyah mengerut kening. Dilihatnya Azreen mengangguk. "Kalau betul dia famous, kenapa aku tak kenal dia?" duga Aisyah.

"Entah, mana aku tau kau tu. Agaknya, kau ni tinggal bawah tempurung sebab tu ketinggalan." Usai berkata-kata, Azreen ketawa. Begitu juga dengan Aisyah.


"Maybe makna 'famous' pada kau lain dengan 'famous' aku." Aisyah bersuara setelah tawanya reda.

Azreen berhenti ketawa. "Pun boleh." Kedua sahabat itu akhirnya tersenyum.

click, click, click! ;)

Thursday, March 8, 2012

Putar belit.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Hidup kalau takde kemahiran memang susah. Manusia boleh tipu kau bulat bulat, boleh putar belit apa yang diorang cakap, boleh bagi harapan kat kau, boleh buat macam-macam.
Tapi salah kau ke sebab percayakan diorang? Salah kau ke sebab bergantung harap pada diorang? Salah kau ke bila semua tu terjadi?


Mungkin.
Mungkin tak.
Tapi kau kena ingat, hidup perlu ada kemahiran. Bukan kemahiran untuk menipu tetapi kemahiran untuk menyelesaikan masalah.

Dan aku, aku bukan orang yang mempunyai kemahiran tersebut. Tapi sekurang-kurangnya, aku tak larikan diri dari masalah. Sebodoh mana pun aku dalam menghadapi masalah tu, aku tetap cuba untuk selesaikan apa yang aku dah buat.

Doa aku, semoga kau hidup dengan aman.

click, click, click! ;)

Monday, March 5, 2012

Heartbreak.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Hello people. Jangan lupa jawab salam :)
Just a simple update.


Okay, that's all. I have to go back to my notes. Have a nice Monday.

click, click, click! ;)

Sunday, March 4, 2012

Release tension jom!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

[That is my first baby and it's name is Mr. M. Gedik tak I letak nama kat dia? HAHA]

Aku ada hobi baru untuk mengisi masa lapang atau mengurangkan tekanan.
Peh skema tak ayat aku? HAHA. So gambar kat atas adalah bukti aku ada hobi baru ^_^


Dan ini strawberry! Hasil kerja tangan yang ketiga.
Nope, aku tak salah taip. Ini hasil kerja tangan aku yang ketiga. HEHE. Yang kedua tak boleh upload sebab dia cantik sangat. Nanti u'olls tergoda pula. Jealous la I kalau u'olls tergoda dengan dia.

Okay, cut the crap! Well, musim musim nak exam ni tak boleh stress sangat. Nanti ilmu tak masuk. Err, boleh guna tak falsafah ni? Heee.

Thanks to my teacher a.k.a my sister, kak Ella who teach me how to felting where I know nothing about sewing at the first place. Hey, kalau u'olls suka benda comel-comel macam ni boleh ah like page ni and order! :)

click, click, click! ;)

Friday, March 2, 2012

Musim peperiksaan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Lama sangat ke aku tak update? Rasanya tak kan? Heee. Busy, busy sangat. Gambar kat atas ni masa kitorang tengah sibuk uruskan 'Checker Dot Potluck' untuk mentoring aktiviti. Kitorang dah banyak habiskan masa untuk plan aktiviti ni sebab banyak penangguhan dari pihak pengurusan. Penat juga hold aktiviti ni lama-lama. Tapi Alhamdulillah, chef puas hati dengan hasil kerja keras kami.

[this is my housemate handmade u'olls :) :tepuktepuk tangan:]

Aku baru settle practical exam pastry hari ni. Fuhhh, rasa berat hati sebenarnya tadi nak bagi chef chef judge aku punya tugasan tapi salah aku juga sebab tak practice. Sob. Menyesal pun tak guna dah.

ni muffin yang aku buat kat rumah.

ni tugasan yang aku kena buat pagi tadi.

Okay, here is my examination schedule. I know no one cares but I am showing it anyway :)

Eng. 4 Academic Enrichment       6/3
Principles & Practices of Mgmnt 13/3
Purchasing & Cost Control         15/3
Nutrition Knowledge                  16/3

Doakan saya! Heee. Semoga berjaya juga untuk kawan-kawan yang sedang atau akan berusaha keras untuk menghadapi peperiksaan. Okey, jom belajar! :)

Regret.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


I never regret loving you.
Even if I have to let you go.

I'm always cherish the moment you walked into my life.
Back then, now & forever.

click, click, click! ;)