Sunday, November 25, 2012

Tiada pilihan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Oh yes, semester 4 dah bermula and this is a serious thing. Semester ni banyak killer subjects dan aku tak rasa aku akan dapat pointer yang aku nak dengan hanya jadi pelajar skema yang duduk dalam library dan baca buku-buku setebal 15 inci macam ulat buku.

Sekarang aku cuma ada dua pilihan. Grown up or die. As for this moment aku takkan pilih untuk mati. Obviously I just have one choice. Grown up!

Legal Aspect,
Strategic Management,
International Cuisine,
Human Nutrition,
& Food Supply Chain.

I am not afraid of you guys. Bercintalah aku semester ni dengan korang semua. Wish me luck!

click, click, click! ;)

Sunday, November 18, 2012

Let's begin

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


So yeah, new semester has begin! "I wish nothing but the best for youuuu too," as Adele sang.

Actually, I take 5 subjects for this semester but the other one is missing. Whatever, gonna check it later tomorrow.

click, click, click! ;)

Saturday, November 17, 2012

MUET! Grrr...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

ada stage dalam kehidupan yang kadang-kadang aku malas nak tempuh but I have to

My parents and few of my friends were asking me about my result and I said, I can't review it yet cause I don't have my MUET's result. Daaa!~

Honestly I'm dying to know my result too. I got so nervous when each of my friends update their facebooks' status about their result. Gila ke tak neves? Kalau aku tak neves, maknanya aku gila. Huh??

Ehh apa benda la yang aku mengarut ni.

Awal pagi lagi aku dah bangun and get ready nak pergi register new semester. Pukul 9.30 aku dah sampai MSU yang lengang tanpa student. Perghh macam tak percaya. I'm eager to know my result that's why. =_=*

So I walked calmly and acted normal when I seriously didn't know what to do, where to go and whom to meet! I'm so pathetic. Aku kehulu kehilir macam orang takde arah tujuan. I'm all alone. Sad TT_TT

After turun naik, kehulu kehilir macam ayam hilang anak (eh wait ayam ke kucing? Entah, don't know, don't care), I still can't review my result...


Which I'm lying. Miahaha.

Alhamdulillah, I've tried so hard to get this Dean's List award and finally I managed to. But that DL award is only for that current semester. CGPA is still below 3.5. Nampaknya azam baru tahun ni nak jadi pelajar skema which aku tak pernah bayangkan nak jadi sebelum ni. Aku nak duduk dalam library yang macam peti ais tu sampai library tu nak tutup. See whether I can do it or not.


Tapi kalau nak study tak semestinya dalam library je kan? Bhahaha nampak tak percubaan untuk melarikan diri kat situ? Belum apa-apa lagi kau dah mengalah ye Balqis? Habis la kau.

Anyway, ada sebab lain juga yang buat aku nervous tak tentu pasal. Nervous nak bawa persona jalan-jalan. Bukan apa, banyak kali sangat dah aku buat persona tu accident.


Oh well sapelah yang suka dengan accident, betul? Aku memang rasa bersalah sangat dan rasa macam dah taknak bawa kereta tu jalan-jalan.

Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku terima setiap kata-kata orang yang marah aku kerana menyebabkan kereta tu accident. Indeed, it's my fault and I promise to myself to take a very good care of it. Sekarang aku jadi pemandu yang berhemah. Oh silap, sekarang aku masih menjalani proses untuk menjadi pemandu berhemah. Pleaseee, pray for me?


Setiap kesulitan pasti ada jalan keluar. Sabarlah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Till then, see ya!

click, click, click! ;)

Thursday, November 15, 2012

My day

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

I called him MOK!

I miss my Mok. I really do. He left our house and never came back after that. Sad. Though now we have Rona but it's not the same.

Well of course, setiap benda kucing ada kelebihan masing masing right? Rona is the only cat we have now. Tu pun my brother ambil dia dekat kedai makan since rumah kami dah takde kucing dan tikus mula bermaharajalela. Rona bukan kucing yang manja. Susah betul nak pegang dan belai dia. Grrr geram! After few weeks dia duduk dengan kami barulah dia mula manja-manja dan senang nak pegang.

And the sweetest thing about Rona that I like most is when she come near to me when she's about to sleep. Omoo so cute!


Pagi tadi malas gila nak bangun dari katil. Selak langsir dari atas katil, konon-konon bila cahaya matahari terbias kat depan muka bolehlah rasa nak bangun. Rupanya, hujan kat luar. Patutlah sedap sangat tidurnya. Heaven!

I baked red velvet cupcake!


The color isn't red, am I right? When I mixed the color with the buttermilk just then I realized that it is not red but rose! Pftt~

What to do? Just move on, I'm half way done. Lepas those cupcakes sejuk, mereka tidaklah seindah dalam gambar. Kek jatuh dan renggang dari cup. I don't know why. Over beat, I guess.


I don't know how to do the garnish so I just spoon the cream onto the cupcake and eat it. The rest I kept in the refrigerator. Banyak lagi teknik yang aku kena belajar. Indeed, I know.

By the way, SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH! Do I have to make a new list of my intent? Nahhh I don't think so. Azam beberapa tahun lepas pun tak habis dicapai lagi. Drag for this year, I suppose. Teheee.

Semoga kita terus berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Menjadi baik itu satu proses, oleh itu (wah ayat kau skema!) jangan sesekali mencuba menjadi baik hanya dalam sehari tapi usahalah menjadi baik sehingga roh terpisah dari jasad. InsyaAllah.

Till then, see ya!

click, click, click! ;)

Wednesday, November 14, 2012

Myself II

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Semalam badan rasa tak sedap. Kepala pusing macam karipap pusing. So satu hari suntuk terperap dalam bilik. Lepas mak ayah balik kerja barulah aku ke dapur. Tengok ada grapes! Ya Allah, my favorite okayyy. Tengok anggur yang banyak gugus tu, aku terus lupa yang aku allergic anggur. Tak kira apa jenis anggur pun, dari buah, jem atau air memang aku tak boleh makan/minum otherwise aku akan dapat ulser dekat mulut.

Dah semangkuk aku makan baru teringat aku allergic dengan my favorite fruit. Sobsob. But hey, I don't care. Pepatah melayu ada menyatakan "alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Lepas makan nasi, aku amek lagi semangkuk anggur dan nikmatinya dalam bilik.

So far, Alhamdulillah takde dapat ulser. Heheee :)

Cuti dah nak habis. I have no feeling about it. Till then, have a blissful day.

click, click, click! ;)

Thursday, November 8, 2012

Pengisian

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Alamak aii jambunya mamat depan aku ni. Sepantas kilat lagu I knew I loved you yang dinyanyikan oleh Savage Garden berdendang dalam fikiran Alisya. Terbayang sekali scene dalam MV tu macam apa yang dia tengah lalui sekarang.

Jejaka di depannya di pandang dengan ekor mata. Pehh muka baby face habis! Putih, gaya memang maskulin. Cair babe, cair! Nak nak lagi kalau dia senyum, alahai rasa macam nak pitam.


Alisya perasan mamat tu senyum kat sorang pak cik yang duduk sebelah dia. Ada lesung pipit. Aduh, perfectnya mamat ni. Kalau la aku dapat. Alisya masih dengan angan-angan mat jeninnya.

Rasa tak puas pula tengok dengan ekor mata je, Alisya mengalihkan pandangannya menatap wajah tampan mamat tadi tapi tak lama. Zupp! Tersentah mak nyah, dia pandanglah pula. Aisehh kantoi sudah. Merona merah pipi gebu Alisya bila renungannya ditangkap oleh jejaka di hadapannya.


"Petaling Jaya" pengumuman yang dibuat dua kali itu melegakan hati Alisya. Masa untuk turun. Pantas Alisya bangun dari duduknya. Sempat dia mengerling lelaki yang menarik perhatiannya itu sambil berbisik, "Aduh, aku dah jatuh. Jatuh cinta pandang pertama." Tersungging senyum kambing di bibirnya.

**********

Pftt. Sadisnya definisi cinta yang kita bayangkan. Cinta pertama. Cinta pandang pertama. Cinta sekunder. Cinta monyet. Cinta tiga segi. Cinta dunia. Heh.


Aku bersyukur sebab dipilih untuk menonton video ni. Aku buat keputusan untuk kongsi dengan orang lain supaya tak nampak macam aku ni pentingkan diri. Orang kata barang baik patut dikongsikan dan orang putih cakap, "sharing is caring." Video ni agak panjang dan tiada sambungan tapi apa yang ditayangkan dalam video ni banyak isi yang boleh kita cedok dan jadikan teladan dalam hidup kita yang tak tahu berapa jauh lagi.

Kalau kita ada banyak masa untuk online facebook, tengok cerita korea, layan macam-macam video kat youtube, main game, layari blog dan laman web yang pelbagai, takkan kita takde masa untuk isi sedikit rohani kita dengan video macam ni, kan?

Kesian rohani kita, dah semakin kurus agaknya dia. Kita semua nak jadi baik dan aku tak terkecuali so, segala yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk tu aku minta maaf atas kelemahan diri ini.

Enjoy the video. InsyaAllah terisi rohani. ^_^



click, click, click! ;)

Friday, November 2, 2012

Myself

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


I'm a slow learner and yet stubborn.
So!
Can you bear with it, please?

click, click, click! ;)