Thursday, November 8, 2012

Pengisian

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Alamak aii jambunya mamat depan aku ni. Sepantas kilat lagu I knew I loved you yang dinyanyikan oleh Savage Garden berdendang dalam fikiran Alisya. Terbayang sekali scene dalam MV tu macam apa yang dia tengah lalui sekarang.

Jejaka di depannya di pandang dengan ekor mata. Pehh muka baby face habis! Putih, gaya memang maskulin. Cair babe, cair! Nak nak lagi kalau dia senyum, alahai rasa macam nak pitam.


Alisya perasan mamat tu senyum kat sorang pak cik yang duduk sebelah dia. Ada lesung pipit. Aduh, perfectnya mamat ni. Kalau la aku dapat. Alisya masih dengan angan-angan mat jeninnya.

Rasa tak puas pula tengok dengan ekor mata je, Alisya mengalihkan pandangannya menatap wajah tampan mamat tadi tapi tak lama. Zupp! Tersentah mak nyah, dia pandanglah pula. Aisehh kantoi sudah. Merona merah pipi gebu Alisya bila renungannya ditangkap oleh jejaka di hadapannya.


"Petaling Jaya" pengumuman yang dibuat dua kali itu melegakan hati Alisya. Masa untuk turun. Pantas Alisya bangun dari duduknya. Sempat dia mengerling lelaki yang menarik perhatiannya itu sambil berbisik, "Aduh, aku dah jatuh. Jatuh cinta pandang pertama." Tersungging senyum kambing di bibirnya.

**********

Pftt. Sadisnya definisi cinta yang kita bayangkan. Cinta pertama. Cinta pandang pertama. Cinta sekunder. Cinta monyet. Cinta tiga segi. Cinta dunia. Heh.


Aku bersyukur sebab dipilih untuk menonton video ni. Aku buat keputusan untuk kongsi dengan orang lain supaya tak nampak macam aku ni pentingkan diri. Orang kata barang baik patut dikongsikan dan orang putih cakap, "sharing is caring." Video ni agak panjang dan tiada sambungan tapi apa yang ditayangkan dalam video ni banyak isi yang boleh kita cedok dan jadikan teladan dalam hidup kita yang tak tahu berapa jauh lagi.

Kalau kita ada banyak masa untuk online facebook, tengok cerita korea, layan macam-macam video kat youtube, main game, layari blog dan laman web yang pelbagai, takkan kita takde masa untuk isi sedikit rohani kita dengan video macam ni, kan?

Kesian rohani kita, dah semakin kurus agaknya dia. Kita semua nak jadi baik dan aku tak terkecuali so, segala yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk tu aku minta maaf atas kelemahan diri ini.

Enjoy the video. InsyaAllah terisi rohani. ^_^



click, click, click! ;)

No comments: