Tuesday, August 24, 2010

Biawak says "Hi"

Assalamualaikum n Hi!

Sedang aku sibuk menyiang ikan di dapur, aku terdengar mesin basuh berbunyi menandakan baju sudah sedia untuk disidai. Aku membilas tangan dengan air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir kemudian bergegas ke luar rumah untuk sidai baju.

Aku kaget bila tengok kucing'' aku berkumpul dekat almari pinggan mangkuk macam ada sesuatu yang menarik kat bawah almari tu. Aku pun dengan rasa penuh ingin tahu menjenguk bawah almari tu.

Bila aku jenguk, kucing'' aku yang duduk berkumpul tadi lari lintang pukang. Wahh, apesal korang takut sangat ni? Aku tak nampak apa'' pula. Tapi apa yang kucing'' aku dok usha tadi? Aku tak puas hati, aku beralih ke belakang almari.

Oh! Itu dia. Tu dia yang kucing'' aku nampak tadi! Biawak?

Aku lari mendapatkan kucing aku untuk keterangan lanjut.


Aku
Kucing

Biawak tu buat apa kat sini?
Dia saja datang melawat. Dia cakap hai.
Oh.
Err…
Apa? Apa lagi yang dia cakap?
Dia cakap dia lapar. Dia bau ikan. Boleh tak bagi seekor ikan dekat dia?
Ah, kau! Banyak pula helah kau. Kau yang nak ikan tu, kau guna nama biawak tu pula. Bijak kau ni eh. Ikut perangai siapalah agaknya?
Ikut perangai tuan sayalah, semestinya (sambil angkat kening).

Hahaha

Maaflah, cerita mengarut. Aku demam. Dah tiga hari demam. Batuk, selsema, sakit perut, badan menggigil dan sebagainya. Alhamdulillah, aku masih mampu berpuasa. Harap sangat aku akan cepat sembuh. Beberapa kali aku mengeluh bila batuk tak henti''.

Mak pesan, “ Ha, ni mesti ada buat dosa ni. Takpe, sakit tu menghapus dosa'' kecil.  Tu baru sakit sikit dah tak tahan.”

Mak senyum tengok muka kelat aku. Tapi beberapa saat kemudian aku pun sengih. Hmm, betul cakap mak. Jadi, aku kena terus kuat dan sabar. Allah kan sayang dengan orang yang sabar.

Jadi pada sesiapa yang sedang sakit sekarang ni, sabar okey? Banyakkan beristighfar dan ingat Allah selalu. Thanx for reading. See ya! :)

Footnote: Demam'' ni sedap juga kalau dapat kek aiskrim.

Friday, August 20, 2010

Hari puasa saya

Assalamualaikum n Hi!

Salam puasa minggu kedua :)

Okey seperti yang kita semua ketahui, pabila tiba bulan ramadhan, maka tiba jugalah bulan bazaar dan dengan adanya bazaar yang penuh di atas jalan raya, maka terjadilah kesesakan lalu lintas. Ye, aku dah bersedia untuk itu.

Jadi petang semalam tepat pukul  1630 aku keluar dengan tergesa-gesa dari rumah untuk mengelakkan kejadian di atas. Aku ke bazaar yang berdekatan dengan rumah. Kereta banyak tapi masih boleh mencilok. Bila nampak parking kosong depan mata, aku terus bagi signal untuk masuk. Tapi malang berbau longkang, parking itu direbut oleh seorang lelaki kacak tapi tak bergaya. Maklumlah, suami orang. Okey, tersimpang. Haha. Aku buat muka bodoh terus nak masuk juga parking tu. Tapi dia tak nak mengalah, jadi aku pun dengan rasa tak paham akan isyarat dia tu terus blah dan cari parking lain.

Sudahnya, aku parking hampir  500m dari bazaar yang aku nak pergi tu. Dengan hati yang bengkek, aku jalan kaki sambil membebel dalam hati. Takpelah, puasa ni tak baik marah-marah. Lagipun boleh bersenam. Tengok, positif je aku kan? $#@*(*&*^$$@

Lepas balik dari bazaar aku ingat nak singgah kedai buku yang berdekatan dengan bazaar tu. Tapi takdelah dekat sangat. So, aku buat keputusan untuk memandu dan cari tempat parkir yang dekat sikit dengan kedai buku tu. Agak-agak aku jumpa tak tempat parkir yang kosong?

Ye, tepat sekali. Aku rasa nak ketuk je kepala aku dekat stereng kereta tu. Dah tahu waktu tu waktu orang balik kerja dan tambah pula dengan bazaar, comfirm takde tempat kosong. Jadi, aku batalkan niat untuk ke kedai buku tu. Aku ke pasar raya yang berhampiran. Dalam pasar raya tu ada kedai buku. Aku memang terdesak sangat nak buku tu.


Cantek, kat sini banyak kosong. Aku pun ambil parking yang dekat dengan lif. Lepas dapat buku, aku turun ke pasar raya untuk puaskan hati aku dengan makanan ringan. Pilih itu, pilih ini, dalam 15 minit aku terus ke kaunter bayaran. Elok je aku letak bakul aku atas kaunter tu, ada seorang wanita potong line aku dan terus letak barang-barang dia depan bakul aku. Aku pun macam…. Eh, mak cik ni. Aku ingat budak muda je yang tak pandai hormat orang tua, rupanya orang tua pun tak pandai hormat orang muda. Mana boleh macam tu. Kita kena saling hormat menghormati. Ish, rasa macam nak geget je mak cik tu. Nasib baik aku puasa.

Dalam perjalan pulang macam itik pulang petang, oh tak payah cerita pun mesti korang tahu punya macam mana keadaan jalan raya pada jam 1800. Dengan sikap pemandu yang tak sabar, dengan budak-budak balik sekolah. Tekanan melanda macam Tsunami, tapi aku stay cool dalam kereta sambil tersenyum dengan lawak kambing dari penyampai radio.

 Jadi pengalaman puasa anda bagaimana? Sudah ada yang tinggal puasa?

Friday, August 13, 2010

Ogos = Kerja lebih masa. Eh salah, lebih kuat!

Assalamualaikum n Hi!

Mak dan ayah baru pergi kerja. Mari kita mulakan operasi! Yeah!! Lagak macam budak'' yang nak monteng puasa bila mak ayah takde. Haha, gedik.
Eh, aku puasa. Jangan salah paham.

Esok kelas akan bermula seperti biasa. Eh, takdelah biasa sangat. Disebabkan sekarang ni bulan puasa, aku buat kelas siang saja. Malam cuti. Bukan apa, nanti berebut pula. Mana nak buka, mana nak maghrib, mana nak mengaji, kan? So, better takde kelas malam sementara ramadhan al-mubarak ni. Lagipun, senang sikit aku nak ikut mak g terawih.


August, murid semakin ramai. Err maksud aku, yang dulu berhenti tu dah masuk balik. Ada juga budak form 1 minta nak tusyen dengan aku. Walaupun dah berapa kali aku tolak, dia tetap nak juga. Konon nak ulang balik silibus tahun enam.

Aku bukan tak nak ajar, tapi aku mana la arif sangat silibus sekolah menengah ni. Tapi memandangkan dia beriya-iya sangat nak tusyen, aku akan usahakan jugalah. Asalkan dia ada minat. Kang kalau aku asyik tolak je permintaan dia, dia jadi patah semangat pula. So, sekarang aku kena perah otak. Tak, bukan macam perah kain baju tu. -_-

Tapi aku rasa kalau setakat form 1 insyaAllah boleh kot. Sebab silibus dia pun tak lari jauh sangat daripada tahun enam. So, masih boleh kejar lagi la. Nanti kalau dia dah masuk tingkatan 2 aku suruh dia pergi tusyen tempat lain pula. Haha. Bolehkan?

Ya Allah, berikanlah aku kesungguhan dan kesabaran dalam mendidik mereka. Peliharalah aku dari memberi mereka didikan yang sesat lagi menyesatkan. Amin.
belajar bersungguh'' ye anak''

Monday, August 9, 2010

Simple update

Assalamualaikum n Hi!

Jumaat lepas aku dengan whole family pergi I-City. Woott, woott~ sangat excited okey! Sebab ianya hadiah birthday aku. :)

No pictures to share, FULLSTOP

Aku kan pemalu. Low profile. Hahaha. Okey, tipu.

Actually, gambar'' yang diambil semuanya tak menjadi. Maklumlah, guna camera phone je.

Oh ye, cakap pasal hadiah birthday teringat dekat one of my bestfriend, Azli. Thanx for the present. Nanti I pakai masa raya okey? :)

Oh cakap pasal raya pula, lusa dah puasa! Ni lagi buat aku excited. Tak sabar nak puasa tahun ni.


marhaban ya ramadhan

Selamat menyambut kedatangan bulan mulia ini. Semoga keberkatan bulan mulia ini kita gunakan sebaiknya. Okey skema.

Sebelum aku merepek sambil makan kerepek kat sini baik aku bawa diri dulu.

Ya Allah, semoga kami mendapat malam lailatulqadar. Amin.

Tuesday, August 3, 2010

Dibuli

Assalamualaikum n Hi!

Tadi aku pergi HQ beli stok barang'' mak. Nampaknya aku kena ambil alih tugas abang aku sejak dia dah mula bekerja. It's a good thing. Really happy for him. Aku harap sangat dia kekal dengan kerja yang dia baru dapat tu. Dapat gaji jangan lupa belanja. Dah la tak bagi kek masa birthday orang T_T

Okey, stop menyimpang. Aku g beli barang'' dengan adik aku. Agak lambat sebab dia balik sekolah pun dah pukul 3.30 p.m. Dipendekkan cerita, masa on the way balik dari beli barang'' tu, jalan agaklah sesak sebab traffic light merah plus orang baru keluar office. Aku yang tengah khusyuk sembang dengan adik aku tetiba tersirap bila ada satu motor menyelit dekat kereta'' yang tengah beratur rapat'' tu.

Aku dok usha je motor tu dari side mirror. Aku bajet dia takkan lepas nak lalu sebelah aku sebab kereta sebelah kanan aku memang rapat. Aku ingat dia nak berhenti. Tup, tup, dia langgar side mirror aku. Macam hampeh! Pastu main blah camtu je.

Aku tahu la aku perempuan, so what? Kalau perempuan yang bawa kereta boleh suka'' hati je ke nak buli? Sabar je lah aku dengan pembuli jalanan ni. Nak, nak lagi kalau In--

Okey, tak payah sebut, nanti cakap aku racist pula.

Tu je untuk hari ni. Sebelum aku akhiri entry ni, aku nak bagi korang semua tengok gambar budak pemalu.

kuku panjang, kena sekolah dengan aku

Pemalu sungguh dia ni. Tapi bila part menge'pow' aku, hilang segala malu. Tapi aku relakan je. Sayang punya pasal. :D

Sunday, August 1, 2010

Lain kali

Assalamualaikum n Hi!

Tik. Tik. Tik. Jam dinding menunjukkan pukul 8:21 a.m. dan aku masih cuba untuk melupakan kesedihan kerana tidak dapat bertemu dengan si dia. Tsk.

"Lain kali je," katanya untuk pujuk aku. Entah bila lain kali tu akan muncul.

Dan aku pun pujuk hati sendiri untuk terus gembira. "Takpe, lain kali masih ada."

Lain kali, bila kamu nak muncul? Saya sangat rindukan dia.