Mak dan ayah baru pergi kerja. Mari kita mulakan operasi! Yeah!! Lagak macam budak'' yang nak monteng puasa bila mak ayah takde. Haha, gedik.
Eh, aku puasa. Jangan salah paham.
Esok kelas akan bermula seperti biasa. Eh, takdelah biasa sangat. Disebabkan sekarang ni bulan puasa, aku buat kelas siang saja. Malam cuti. Bukan apa, nanti berebut pula. Mana nak buka, mana nak maghrib, mana nak mengaji, kan? So, better takde kelas malam sementara ramadhan al-mubarak ni. Lagipun, senang sikit aku nak ikut mak g terawih.
August, murid semakin ramai. Err maksud aku, yang dulu berhenti tu dah masuk balik. Ada juga budak form 1 minta nak tusyen dengan aku. Walaupun dah berapa kali aku tolak, dia tetap nak juga. Konon nak ulang balik silibus tahun enam.
Aku bukan tak nak ajar, tapi aku mana la arif sangat silibus sekolah menengah ni. Tapi memandangkan dia beriya-iya sangat nak tusyen, aku akan usahakan jugalah. Asalkan dia ada minat. Kang kalau aku asyik tolak je permintaan dia, dia jadi patah semangat pula. So, sekarang aku kena perah otak. Tak, bukan macam perah kain baju tu. -_-
Tapi aku rasa kalau setakat form 1 insyaAllah boleh kot. Sebab silibus dia pun tak lari jauh sangat daripada tahun enam. So, masih boleh kejar lagi la. Nanti kalau dia dah masuk tingkatan 2 aku suruh dia pergi tusyen tempat lain pula. Haha. Bolehkan?
Ya Allah, berikanlah aku kesungguhan dan kesabaran dalam mendidik mereka. Peliharalah aku dari memberi mereka didikan yang sesat lagi menyesatkan. Amin.
belajar bersungguh'' ye anak''
No comments:
Post a Comment