Sunday, November 28, 2010

Emo Sunday.

Assalamualaikum n Hi!

Malas nak cakap banyak. Tengoklah sendiri.






Apa yang berlaku? Macam mana boleh jadi camtu?

Entah.

Apa yang aku tahu, abang aku potong rumput guna mesin potong rumput dan aku sedang mencatit nota manakala murid-murid aku sedang menyiapkan kerja yang aku berikan sementara mak dan adik aku menebas pokok-pokok di luar rumah.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Agak kuat seperti bunyi kaca pecah. Aku mencari juga mana datangnya bunyi tu dan kesan-kesan kaca pecah tapi tak jumpa.

Salah seorang murid aku menunjuk ke arah kereta yang di parkir berdekatan kelas tersebut sambil buat muka seram. Aku dah cuak hanya dengan memandang muka seramnya itu. Apatah lagi bila berpaling pada arah jari telunjuknya.

Berderau darah aku tengok cermin belakang kereta yang selalu aku pandu, pecah berderai! Sedih sangat. Kecewa gila. Lagi kecewa daripada putus cinta. Sobs :’(

Friday, November 26, 2010

Busy mending broken pieces life I have before.

Assalamualaikum n Hi!.

November is coming to an end. I've been busy for all this while. Ecehh busy ke sangat? Ye, busy sebab October sangat banyak rehat. Jadi, bulan ni kena ganti kelas, bulan ni juga konvo, bulan ni appointment sana sini dan bulan ni lah segala-galanya berlaku.

Penat? Taklah, seronok je bila banyak kerja nak kena buat. Takdelah duduk ternak lemak je dekat rumah. Hari ni kena bawa kucing ke klinik. Tapi adik aku tak balik-balik lagi dari interview. Dia pergi interview kerja dengan kawan dia.

Interview? Ye, biasalah, cuti sekolah kan sekarang. Mana dia nak lepak kat rumah. Sibuk nak cari kerja kat luar. Suketi kauuu~

Ohh pasal kucing tadi kan? Ingat lagi anak kucing yang dikutip beberapa minggu lepas? Kucing tu sakit dan telah dibawa ke klinik untuk berjumpa doktor. Dipendekkan cerita, kucing tu dah sihat sikit. Jadi dia bebas bergaul dengan anak-anak kucing yang lain. Malangnya, anak-anak kucing yang lain telah berjangkit dengan anak kucing tersebut.

Selsema, sakit mata and so on. Hari ni baru ada masa nak bawa mereka ke klinik. Tapi, tapi, mana adik aku niii?

Gerak soranglah. See ya! :)


Listening to Unintended by Muse sebab tu buat tajuk camtu. Haha.

Wednesday, November 24, 2010

Konvo sudah!

Assalamualaikum n Hi!

Baru-baru ni banyak benda nak kena settle. Lepas settle satu masalah, masalah lain pula yang timbul. Bila ingat dah settle semua perkara, ada lagi rupanya perkara yang tak settle. Hmmm, hidup tak pernah selesaikan?

Aku bukan nak merungut. Sumpah tak. Aku cuma kesal dengan sikap aku yang selalu cuai dalam hal-hal yang penting. Suka buat kerja banyak kali padahal sebenarnya kerja tu boleh selesai dalam satu hari saja. Oh, maaf! Aku dah start membebel.

Isnin, 22hb Nov, aku dan kawan-kawan seperjuangan telah meraikan hari bahagia kami. Hari apakah?

Hari bahagia. Tapi bukan majlis bersanding beramai-ramai. Kau kalau cakap pasal bahagia je kau fikir kahwin eh? Takde benda lain ke nak fikir?

Okey, cut it short. Hari yang aku maksudkan itu adalah hari konvokesyen kami. Siapa tak bahagia babe, pada hari tersebut? You tell me, you tell me now! Haha, sumpah berlagak macam kau pelajar pintar en? Hampagas!

Kemalasan menguasai seluruh jiwa raga aku untuk mengupload gambar-gambar yang telah dirakamkan di kamera telefon bimbitku. Tak banyak pun gambar yang ada dalam simpanan aku. Semua gambar adalah ehsan dari kamera canggih-canggih kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak yek! J

Dikesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa aku yang bersusah payah selama ni menjaga, mengasuh, mendidik, menasihati, dan segala macam ‘me’ depa buh kat aku. Kalau takde mereka, takde la aku. Kan, kan?

Second thanks to all my teachers and lecturers yang asuh aku sejak sekolah tadika sampai universiti. Jasa kalian memang takkanku lupa sampai bila-bila.

Thirdly, pada kawan-kawan sekuliah terutamanya yang membantu aku bersusah senang bersama, gelak, nangis, makan sepinggan, tidur sebantal, nota sekaki, assignment semeja, dan sebagainya yang tak tersebut, terima kasih banyak-banyak atas bantuan kalian.

Last but not least, pada yang terlibat secara langsung atau tak, terima kasih juga. Pada yang tak disebut, minta maaf berbanyak-banyak. Aku insan biasa je. Tak sempurna dan selalu buat silap.


Siput. Bila masa aku buat ucapan panjang berjela ni? Haha, maaflah ye. Nampaknya sampai sini je aku merapu marang kerapu. Enjoy your meal day!

Wednesday, November 17, 2010

EidulAdha

Assalamualaikum n Hi!

Pertama sekali mestilah aku nak ucapkan salam aidiladha untuk semua umat Islam di muka bumi ni. Maaf zahir dan batin semua. Especially pada keluarga tersayang dan kawan'' terdekat dan terjauh. Haha. Okey fine, tak kelakar.

Hari ni lepas je kami menjamu selera dengan nasi impit, rendang daging dan kuah kacang mak, haaaa huuuuhh(tarik nafas) aku, adik aku dan mak pergi ke kebun atau dalam bahasa omputihnya nursery. Lucukan? Tak? For me, yes it is. Ada ke hari yang mulia ni kau gi kebun cari bunga? Funny isn't it?

Tapi ahhh, persetankan apa orang nak cakap. Hari ni je mak cuti. Hari lain dah start kerja balik. Lagipun bukan kami je muslim kat kebun bunga tu(cehh, tanak nasi kalah).

Hasil yang kami dapat dari pergi ke nursery tu ialah . .

[tak tahu apa nama bunga ni, tapi tengok kelopak dia. nampak macam arrow]

[colourful daisy]

[bird of paradise (?) ]

[kolam yang menjadi tarikan kami bertiga]

[err lu pk la sendiri]

[unik. daun pintal'']

[macam bunga lalang. haha. dasar buta bunga. ngeee~]

[terliur kott. tiba'' feeling macam ada kat cameron]

[myself. baik, saya tipu. ini mak kiteww :)(tak payah nak gedik sangatlah kann. haha)]

Ye, dapat gambar sahaja. Sebenarnya kami mencari ilham untuk menambah kualiti landskap di rumah kami. Kalau ada yang nak bantu, sangat''lah dihargai. :)

Itu je untuk entri kali ni. Oh, last but not least for all of you

[thanx for stopping by. have a wonderful day]

footnote: Subhanallah, indah sunngguh ciptaan Allah.
footnote 2: i'm not a good photographer. i use only 3.2 MP camera phone. i am an amateur.

Monday, November 15, 2010

ini tak lawak dan juga tak serius

Assalamualaikum n Hi!

Aman.

Sejuk betul hari ni. Dari pagi mendung sampailah ke petang dan akhirnya hujan turun sehingga malam. Berbeza betul dengan cuaca semalam yang panas terik tu. Hmm cerita pasal semalam, seronok betul jumpa kawan'' sefakulti semula. Bila jumpa balik rasa macam tak reti dah nak berhenti gelak. Siot je.

Semalam aku, Janne, Eka dan Zhac ke Unisel untuk ambil jubah konvo. Entri ni banyak gambar. Jadi, anda harus berterima kasih kepada model'' aku yang sudi menjadi model dalam blog aku. Baik, mari teruskan. Aku akan biar gambar'' ini menjalankan tugas bercerita. Check it out~


Tempat: dalam kereta.

[dalam perjalanan ke Unisel. keadaan sangat panas tapi mereka tetap cool.]

Tempat: Unit finance, tempat kami menyetelkan yuran.





[photographer tak pro, gambar jadi huduh. model'' tetap hot kauu!]

[me with Janne.]

Tempat: KFC Ijok derr.


[Eka tak tahan pedas. Haha! okey, itu tipu.]


[buat muka cantik semua. ready? chesee :D]

[my fav. oi! maaf kalau ini buat anda lapar. ngahaha.]

Tempat: wakaf rumah ibu, bukit badong.

[Eka sedang leka menyapu.]

[masih lagi menyapu.]

[dan akhirnya pose setelah aku cakap, "Eka pose cepat, kalau tak aku gunting rambut kau!"]

[tak leh blah budak muka kembang menyibuk >_<*]

[air yang disediakan oleh ibu. tau'' je kami haus dan perlukan air 8 gelen seorang. terima kasih ibu. :heart:]

[nantikan single terbaru kami. bhaha.]

[aku memang gangster. takut tak? takut tak?]

Tempat: dalam rumah ibu, masih di bukit badong.

[act, aku nak snap gambar liya amani. tapi dia lari bila aku dah jumpa angel yg cantik tuk dia. ciskek =_='']

[Janne pening tengok Eka n Zhac asyik gaduh.]

Itu saja liputan terkini dari aku. Semoga kita bertemu lagi di alam maya ni. Actually, aku taknak upload gambar last ni. Tapi takpelah ini exclusive untuk readers semua. Thanks a lot for your time :)


[:love: zhac, janne, kisz, eka]

Monday, November 8, 2010

Cerita Rakyat

Assalamualaikum n Hi!

Petang tadi dalam jam 3:00 p.m. aku g ambil barang dekat Shah Alam dengan adik aku yang macho tapi hancho. Bhaha kejam gila aku ni. Takpe, dia lagi kejam.

memang macho*dari blakang*

Okey, sambung story yang cam best tadi.

Lepas g ambil barang, kami singgah ke restoran mcD yang berhampiran dengan kawasan rumah kami. Seperti biasa, aku telah di’pow’ oleh adikku sendiri. Sedih! Takpe'', ngan adik pun takkan nak berkira bhai.

Usai makan, kami bergegas pulang kerana mak mahukan khidmat kami untuk menemani beliau dalam proses penghantaran barang. Set, sampai di tempat kejadian, En. Tak Tepati Janji(bukan nama sebenar), tiada. Terpaksalah kami bertiga berpatah balik. Dengan rasa girang gembira kami menuju jalan pulang. Tiba'' . . jeng . . jeng . . jeng . .





Mulakan karangan anda dengan ayat tiba''. Hahaha. Mari kita lempang tukang taip ni beramai''.

Okey, kembali serius. Tiba'' rasa girang tadi terhenti seketika bilamana mataku yang ber’eye bag’ ternampak seekor anak kucing yang dalam kesejukan dan dikelilingi beberapa ekor ayam. Sama ada imaginasi aku atau memang ayam'' tu sedang membuli kucing yang kesejukan tu. Heh~ pandai je kau buat andaiankan? Entah'' ayam'' tu nak tolong dia cari jalan pulang ke. Tak baik buruk sangka.

Tak, tak. Kucing tu belum secomel ni

Oh, maaf! Ada selingan kerana ketidakpastian apa yang berlaku sebenarnya.

Oleh kerana terlampau kesian, aku dengan laju bersuara “ Eh, ada anak kucing. Kesiannya, dia kena patuk ngan ayam!” Ayat pancing. Padahal ayam tu tak patuk pun. Haha.

Mak dan adik aku menoleh ke arah anak kucing yang aku maksudkan. Mereka mula simpati dan bertimbang kati. Setelah mak buat keputusan, beliau berpatah balik untuk mengambil lantas membela anak kucing tersebut. Ohh I loike!


kesian dia, comot dan tak terurus.

Dan Alhamdulillah, sampailah kami di rumah bersama seekor kucing yang masih belum diberi nama. Maka dengan itu, bertambahlah rakyat berbulu di rumah aku.

Dan berakhirlah cerita rakyat untuk hari ini. Semoga mimpi indah, jangan dapat nightmare sudah. Bye!


Friday, November 5, 2010

Penang oh Penang

Assalamualaikum n Hi!

Apa khabar semua? Diharapkan anda semua bukan sahaja sihat sejahtera malah berada dalam keredhaan Allah s.w.t.

Seminggu yang lepas aku bersama keluarga berangkat ke Penang untuk mengiringi pak dan mak sedara ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji(cheh, padahal hantaq p Bayan Lepas ja, muahaha). Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga hasrat nak ke sana. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang. Amin.

Keesokkan harinya, kami sekeluarga dibantu oleh En. Fahmi(sepupu) mencari lokasi di mana aku dan mak berkursus. Chop! Sekeluarga? Kenapa mention aku dan mak je? Okey, kami memang sekeluarga tapi yang berkursus cuma aku dan mak. Sementara ahli keluarga yang lain berehat sambil menikmati pantai di Penang.

presenting my lovely family ;)

Fuh, aku rasa hebat je lepas hadiri kursus tu. Fuh sekali lagi. HAHA. Sedikit sebanyak ia meningkatkan tahap keyakinan aku yang macam dah takde tu.


Yes, yes, yes! I can do it! You can do it, we can do it. Yang penting pemikiran mesti sentiasa positif. Jujur, ikhlas dan sabar antara resepi utama untuk berjaya.

Tak kiralah apa saja yang kita buat, kita mesti buat dengan bersungguh''. Lepas tu baru kita akan rasa kepuasan dan kemanisan kejayaan kita tu.

This is the way I spent time with my family. I'm lovin' it! :)