Wednesday, November 24, 2010

Konvo sudah!

Assalamualaikum n Hi!

Baru-baru ni banyak benda nak kena settle. Lepas settle satu masalah, masalah lain pula yang timbul. Bila ingat dah settle semua perkara, ada lagi rupanya perkara yang tak settle. Hmmm, hidup tak pernah selesaikan?

Aku bukan nak merungut. Sumpah tak. Aku cuma kesal dengan sikap aku yang selalu cuai dalam hal-hal yang penting. Suka buat kerja banyak kali padahal sebenarnya kerja tu boleh selesai dalam satu hari saja. Oh, maaf! Aku dah start membebel.

Isnin, 22hb Nov, aku dan kawan-kawan seperjuangan telah meraikan hari bahagia kami. Hari apakah?

Hari bahagia. Tapi bukan majlis bersanding beramai-ramai. Kau kalau cakap pasal bahagia je kau fikir kahwin eh? Takde benda lain ke nak fikir?

Okey, cut it short. Hari yang aku maksudkan itu adalah hari konvokesyen kami. Siapa tak bahagia babe, pada hari tersebut? You tell me, you tell me now! Haha, sumpah berlagak macam kau pelajar pintar en? Hampagas!

Kemalasan menguasai seluruh jiwa raga aku untuk mengupload gambar-gambar yang telah dirakamkan di kamera telefon bimbitku. Tak banyak pun gambar yang ada dalam simpanan aku. Semua gambar adalah ehsan dari kamera canggih-canggih kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak yek! J

Dikesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa aku yang bersusah payah selama ni menjaga, mengasuh, mendidik, menasihati, dan segala macam ‘me’ depa buh kat aku. Kalau takde mereka, takde la aku. Kan, kan?

Second thanks to all my teachers and lecturers yang asuh aku sejak sekolah tadika sampai universiti. Jasa kalian memang takkanku lupa sampai bila-bila.

Thirdly, pada kawan-kawan sekuliah terutamanya yang membantu aku bersusah senang bersama, gelak, nangis, makan sepinggan, tidur sebantal, nota sekaki, assignment semeja, dan sebagainya yang tak tersebut, terima kasih banyak-banyak atas bantuan kalian.

Last but not least, pada yang terlibat secara langsung atau tak, terima kasih juga. Pada yang tak disebut, minta maaf berbanyak-banyak. Aku insan biasa je. Tak sempurna dan selalu buat silap.


Siput. Bila masa aku buat ucapan panjang berjela ni? Haha, maaflah ye. Nampaknya sampai sini je aku merapu marang kerapu. Enjoy your meal day!

No comments: