Monday, November 8, 2010

Cerita Rakyat

Assalamualaikum n Hi!

Petang tadi dalam jam 3:00 p.m. aku g ambil barang dekat Shah Alam dengan adik aku yang macho tapi hancho. Bhaha kejam gila aku ni. Takpe, dia lagi kejam.

memang macho*dari blakang*

Okey, sambung story yang cam best tadi.

Lepas g ambil barang, kami singgah ke restoran mcD yang berhampiran dengan kawasan rumah kami. Seperti biasa, aku telah di’pow’ oleh adikku sendiri. Sedih! Takpe'', ngan adik pun takkan nak berkira bhai.

Usai makan, kami bergegas pulang kerana mak mahukan khidmat kami untuk menemani beliau dalam proses penghantaran barang. Set, sampai di tempat kejadian, En. Tak Tepati Janji(bukan nama sebenar), tiada. Terpaksalah kami bertiga berpatah balik. Dengan rasa girang gembira kami menuju jalan pulang. Tiba'' . . jeng . . jeng . . jeng . .





Mulakan karangan anda dengan ayat tiba''. Hahaha. Mari kita lempang tukang taip ni beramai''.

Okey, kembali serius. Tiba'' rasa girang tadi terhenti seketika bilamana mataku yang ber’eye bag’ ternampak seekor anak kucing yang dalam kesejukan dan dikelilingi beberapa ekor ayam. Sama ada imaginasi aku atau memang ayam'' tu sedang membuli kucing yang kesejukan tu. Heh~ pandai je kau buat andaiankan? Entah'' ayam'' tu nak tolong dia cari jalan pulang ke. Tak baik buruk sangka.

Tak, tak. Kucing tu belum secomel ni

Oh, maaf! Ada selingan kerana ketidakpastian apa yang berlaku sebenarnya.

Oleh kerana terlampau kesian, aku dengan laju bersuara “ Eh, ada anak kucing. Kesiannya, dia kena patuk ngan ayam!” Ayat pancing. Padahal ayam tu tak patuk pun. Haha.

Mak dan adik aku menoleh ke arah anak kucing yang aku maksudkan. Mereka mula simpati dan bertimbang kati. Setelah mak buat keputusan, beliau berpatah balik untuk mengambil lantas membela anak kucing tersebut. Ohh I loike!


kesian dia, comot dan tak terurus.

Dan Alhamdulillah, sampailah kami di rumah bersama seekor kucing yang masih belum diberi nama. Maka dengan itu, bertambahlah rakyat berbulu di rumah aku.

Dan berakhirlah cerita rakyat untuk hari ini. Semoga mimpi indah, jangan dapat nightmare sudah. Bye!


No comments: