Friday, November 5, 2010

Penang oh Penang

Assalamualaikum n Hi!

Apa khabar semua? Diharapkan anda semua bukan sahaja sihat sejahtera malah berada dalam keredhaan Allah s.w.t.

Seminggu yang lepas aku bersama keluarga berangkat ke Penang untuk mengiringi pak dan mak sedara ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji(cheh, padahal hantaq p Bayan Lepas ja, muahaha). Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga hasrat nak ke sana. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang. Amin.

Keesokkan harinya, kami sekeluarga dibantu oleh En. Fahmi(sepupu) mencari lokasi di mana aku dan mak berkursus. Chop! Sekeluarga? Kenapa mention aku dan mak je? Okey, kami memang sekeluarga tapi yang berkursus cuma aku dan mak. Sementara ahli keluarga yang lain berehat sambil menikmati pantai di Penang.

presenting my lovely family ;)

Fuh, aku rasa hebat je lepas hadiri kursus tu. Fuh sekali lagi. HAHA. Sedikit sebanyak ia meningkatkan tahap keyakinan aku yang macam dah takde tu.


Yes, yes, yes! I can do it! You can do it, we can do it. Yang penting pemikiran mesti sentiasa positif. Jujur, ikhlas dan sabar antara resepi utama untuk berjaya.

Tak kiralah apa saja yang kita buat, kita mesti buat dengan bersungguh''. Lepas tu baru kita akan rasa kepuasan dan kemanisan kejayaan kita tu.

This is the way I spent time with my family. I'm lovin' it! :)

No comments: