Wednesday, April 27, 2011

Ai shiteru.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Esok ada exam.
Petang.
Time yang aku selalu buka kilang taik mata.
Semoga aku tak tertidur dan jawab dalam mimpi.

Penantian yang selama ni membebankan segala urat saraf bakal berakhir.
Tapi bagaimana ia akan berakhir, itu aku tak tahu.
Mungkin dengan muka yang berseri-seri ibarat kuih seri muka.
Atau dengan muka empat belas macam tertelan clorox atau racun tikus.

Sementara menunggu esok, mari layan lagu jiwang miwang.




Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Saatku sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
Kumohon kau kembali

Kimita touku kitemo
(meskipun kamu jauh)
Kiminoi shuaga sinagaru tala
(aku tetap mengingatimu selalu)
Shiniteruyo shiniteruyo
(percayalah percayalah)

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Ai ai aishiteru.


Semoga usaha yang dicurahkan selama ini berbaloi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMU,
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMU,
wahai Tuhan yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Wahai Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah kefahaman kami,
Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami.
Hanya kepada Engkau kami berlindung dan meminta pertolongan.




May Allah bless us.
Have a nice day u'olls :)


click, click, click! ;)

Tuesday, April 26, 2011

Jannatul Rozman, ini untuk awak!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Wah, tajuk entry taknak gempak plak en. HAHA.

[pembakar semangat saya!]

[muka inesen]

[muka takut kucing masing masing. LOL]

[rindu unisel ;( ]

[rindu koranggg!]

Oh yes.
Dead serious. I miss them --<3

Anyway, yeah.
Jan, ni entry untuk kau.
Kau tahu aku selalu cakap kau pembakar semangat aku kan?
It is sooo true!
So please, fight for anything that you're doing now.

Kita dalam jalan yang sama.
Kita pilih untuk sama sama pilih jalan yang sama.
Kita dah separuh jalan.
Okey . . mungkin belum sampai separuh.
Tapi kita dah pun bermula.
Mula berjalan di tempat yang baru.


Bila sebut baru, kita mesti sedar ianya seolah-olah kita terpaksa belajar bertatih semula.
Macam budak yang baru nak belajar berjalan.
Atau macam budak yang baru nak belajar kayuh basikal.
Susah, sakit, payah, luka, tu semua proses untuk kita capai apa yang kita buat.
Tapi bila kita dah berjaya capai apa yang kita nak, ia akan jadi benda yang sangat manis untuk dikenang.

Have you ever imagine what will happen if you stop it now?
No!
Don't ever think about it babeh. Heee :D
I won't give up.
So do you, okay?

Aku tahu.
Kau rasa aku mendesak kau.
Orang sekeliling kau tak benarkan kau berhenti.
Sebab apa?
Nak tahu?
Sebab kitorang yakin kau boleh buat.
Kau juga kena yakin dengan diri sendiri.
Okey sahabat?
Aku sayang kau. :)


click, click, click! ;)

Sunday, April 24, 2011

Just a simple thought.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Stress berpanjangan sehingga hujung bulan ni atau mungkin akan berlanjutan sehingga May.
Aihh banyak benda nak settle.
Assignments, exam, classes, blablabla..

[thank God, I'm not alone ;)]

Anyway, aku nak share lagu yang cute dipendengaran cuping telinga aku.
Hope u guys enjoy it.



And this is the Malay version.



Have a nice day :)

click, click, click! ;)

Wednesday, April 20, 2011

MAKI.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Rasa macam nak meMAKI seseorang atau sesuatu,
tapi tak jumpa mangsa.
Kalau adapun, tak boleh nak keluarkan.
Nak MAKI dalam hati pun rasa bersalah.

[betul la orang kata muka orang yang marah sangat hodoh walaupun pada asalnya orang tu sangat comel]

So untuk mengelakkan diri daripada nampak tak comel walau hakikatnya memang tak comel, kenalah tahan marah.
Sabar je la bebanyak.

Penat.
Sangat penat.
Bila semua ni nak berakhir? Tsk.

click, click, click! ;)

Tuesday, April 19, 2011

For the rest of my life.


I'll always fall for you.
I'll always believe in you.
I'll always try to be the best for you.
I always hope that you could stay for a moment.
I'll be waiting for you always.


click, click, click! ;)

Sunday, April 17, 2011

My weekends for this week!

Bismillahirrahmanirrahim.


[16th : night @ birthday girl's house. the only best picture for that night. tak sempat nak snap banyak banyak.]

[17th : my parents. lovely for sure :)]

[17th : auwww, gather together today. it was so nice! @ popeye's]

[sooner or later these two symbols will be famous among teenagers :P]

[ugly me! rosak gambar. sobs]

Assalamualaikum. Hai u'olls.
This week, I've the best weekends ever!
Be jealous. HAHA.
K, bye.
Oh by the way, no Monday blues please.

click, click, click! :)

Thursday, April 14, 2011

Bad turns good.

[I had a bad day]

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hai u'olls. Malam ni hujan. Sejuk.
Ada satu benda yang aku nak tanya dekat korang.
Agak-agak korang nak jawab tak?
Apa yang korang akan buat kalau korang tengah stress?

My day today was not so good.
I trapped in a traffic jammed on my way to the campus, I fell down the stairs again and it sprained my ankle, I drove like !@#$ on my way back, trapped in a traffic jammed as always.
How did I overcome those stress?
Easy. I eat junk food and enjoyed sleeping for three hours in the afternoon.
Please, do not try this at home! HAHA

[seronok kan bila ada orang yang boleh pinjamkan bahu masa kita tengah sedih]

Aku terjaga sebab kawan aku yang dah lama hilang mesej aku.
Dan khabarkan berita gembira.
Tiba-tiba kepala aku yang berat tu rasa lapang sangat!
Alhamdulillah, I'm happy for her.

So, the moral of the story?
Don't drink and drive. HAHA
Okey, serius.
Buka minda seluas-luasnya, terima apa yang berlaku sebagai pengajaran atau take it positively.

Anyhow, esok Jumaat. No class, no pressure. Boleh macam tu? HAHA.
K, bye!

click, click, click! ;)

Tuesday, April 12, 2011

Rindu. Eww apa tu?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
[more than words]

Cinta.
Ada orang kata cinta sejati tu adalah pabila kita gembira tengok orang yang kita sayang gembira. Yeke?
Ada yang cakap cinta tu sentiasa bahagia. Oh eh?
Ada yang berpendapat cinta tu buta. Okey, yang ni aku setuju.
Walaupun cinta hanya perasaan dan sememangnya cinta takde deria penglihatan, tapi cinta memang buta.

Bila hati dah jatuh sayang, apa saja sanggup kita lakukan.
Kentut yang busuk tu pun kita cakap wangi.
Wait, aku pun tak tahu apa yang aku merepek ni.

[no hope, no hurt]

Honestly, aku tengah sasau rindu kat seseorang, walaupun aku baru jumpa dia tiga hari yang lepas.
Dia ada janji sesuatu dengan aku masa kami makan bersama. Tapi aku tak pasti dia akan endahkan atau tidak janji yang dia ucapkan kat aku.
Mungkin dia rasa aku kejam sebab suruh dia buat janji yang macam tu tapi aku buat untuk kebaikan dia.
Sebab?
Sebab aku sayang dia.

Mungkin aku bukan orang yang penting dalam hidup dia.
Fine, aku tak kisah siapapun aku pada dia.
Aku tak kisah siapapun yang dia sayang.
Aku tak kisah siapapun yang dia rindu.
Apa yang penting pada aku hanya dia.
Kesihatan dia, kebahagiaan dia, kesenangan dia, kesejahteraan dia.
Segalanya tentang dia.

[please keep your promise]

Pfftt~
Apa jiwang miwang ni?
Geli la.
K la, bye!
click, click, click! ;)

Friday, April 8, 2011

Macam gampang yang aku maksudkan ialah macam senang. Aku guna bahasa Jawa hari ni.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.
Sekarang ni aku dalam proses menstabilkan mood aku.
Rasa dunia tak adil. Padahal dunia tak cuit pun aku.
Kenapalah aku boleh rasa macam tu? Bila aku rasa macam tu, aku rasa macam nak hentak kepala dekat dinding.
Mula hilang pedoman.
Doa supaya aku mati cepat.
Macam bodoh.

[i need help, indeed]

Itu hari aku terjelopok macam nangka busuk jatuh tangga tapi untuk elak dari terus jatuh tergolek sampai kaki tangga, aku berpaut pada tiangnya. Pautan yang kuat sehingga aku rasa macam taknak bangun.
Luckily Jan ada, dia tolong angkat aku dan lepas bangun tu aku tergelak. Walaupun masa tu kampus dah lengang dan yang nampak aku jatuh tu hanya dia, aku tetap rasa malu.
Tapi kenapa aku gelak?
Sebab aku taknak menangis. Boleh pakai kan alasan ni?

Selama ni semua perkara nampak macam mudah.
Selama ni aku ingat aku boleh buat semua perkara tanpa bantuan sesiapa.
Riak, angkuh, sombong.
Sekarang satu benda pun aku tak boleh buat.

Entah apa yang aku merapu tengah-tengah malam buta ni.
Mungkin terlebih tidur.
Atau mungkin tersalah makan ubat.
Perkara paling baik sekarang ialah mengundurkan diri.
Tapi aku janji aku akan kembali.

Apehal dengan emosi aku ni?
Apa kata kita bako, kita bako je. HAHAH!

click, click, click! ;)

Monday, April 4, 2011

Kenapalah manusia pentingkan diri?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hi u'olls, panas oh cuaca hari ni. Malam semalam pun terasa bahang je badan aku.
Mungkin tu bahang ABPBH kot. Kannn.
Tapi hari ni memang panas sungguh. Bukan cuaca je yang panas, hati aku pun panas juga.

Tadi masa aku otw ke kampus, adalah sebiji kereta depan aku ni. Kereta boleh tahan cantik menarik tertarik kau memang da bom ah kan, tapi perangai tuan punya kereta sikit punya buruk!
Ada ke patut dia buang sampah keluar dari tingkap kereta dia.
Ikutkan hati, nak je aku capture gambar kereta dia tayang dalam facebook. Tapi takpe, sabar je. Kan tak baik sebarkan aib orang.

Aku memang pantang sangat-sangat kalau orang buang sampah merata-rata.
Nampak macam takde adab.
Pada aku taraf mereka ni sama macam orang yang meludah merata-rata. Atau lagi teruk kencing merata-rata.
Haaa tu dia. Rendah tak rendah la taraf mereka ni di mata aku en.
Lantakkk, siapa suruh buat perangai macam tu.

Lek lu, lek lu. Jangan marah aku sebab aku cakap camtu, ce tengok video ni. Ce tengok, ce tengok.


layannn~

Tapi tapi tapi part monyet tu aku rasa tak kesian la.
Monyet-monyet kat rumah aku sangat ganas. Selongkar tong sampah macam hape je.
Kalau tak dapat sampah mesti depa mengamuk sampai goncang goncang gate rumah orang.
Grr sakitnya hati.

[ayuh jaga bumi kita demi generasi yang akan datang]

Moral of the story, janganlah buang sampah merata-rata. Tak kesian ke kat bumi kita yang dah makin tua dan sakit ni?

click, click, click! ;)

Sunday, April 3, 2011

Menjemput bidadari.

[kita sama tapi tak serupa]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Wah semangat pula aku update blog pepagi ni kannn.
Takde apalah yang nak diupdate sangat pun, cuma nak berkongsi lagu dengan korang.
Do enjoy it okey. :D




Menjemput Bidadari

Bila yakin tlah tiba,

Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga



Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...



Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata



Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna


"Dengarlah lagu tu. Kut la boleh buat inspirasi bagi kepala kau tu settle sikit"
"Uh Hairi... kau ni bagi aku dengar lagu nak nasyid orang nak syahid ke...? Aku nak menikah bro, bukan nak pergi perang..."
"Ashraff..."
"Ye?"
"Your other half tu bukan kau punya bidadari ke?"
"Oh?"

Segera kan kujemput engkau bidadari

Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari
Mengisi hari...


[semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya]

HAHA. I ROFL at this part on Versus. Susah juga nak kahwin ni sebenarnya ek.
Eh kahwin senang je kan? Nak nikah tu yang payah. Okey, mengarut.
Dah, bye korang ;)

Footnote: crazy over Versus ke hape aku ni? blurff~

click, click, click! ;)

Saturday, April 2, 2011

Review novel Versus karya Hlovate.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hai u’olls.
Hari ni aku nak buat review pasal novel yang aku baru habis baca semalam; Versus karya Hlovate.
Versus is not just a novel. Pengisiannya penuh dan sangat menyentuh hati aku.

Basically, jalan ceritanya tentang penghijrahan. Semua orang tahu maksud hijrah right? Maksudnya berubah angin, beralih dari satu tempat ke tempat yang baru, berpindah dan sebagainya.
Dan ye, dalam novel ni memang ada penghijrahan yang seperti dinyatakan di atas.

[always feel the appreciation in your heart]

Tapi ia tak terhenti setakat tu, apa yang lebih menarik pada aku adalah jalan cerita mengenai penghijrahan hati.
Fulamak, hebat tak ayat aku? HAHA.
Okey, serius.
Penghijrahan hati which I mean, change for good.
Dari tak berapa nak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik as stated in this novel, “there’s always a room for perfectionist” – Versus.

Senang cerita, takde manusia yang sempurna dalam dunia ni sebab yang sempurna tu hanya Dia tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk kita lemah dan berputus asa.
Atau cepat berpuas hati dengan perubahan yang kita dah lakukan.

Bumi ni luas dan banyak lagi yang perlu kita belajar. Ibarat lautan yang luas, ilmu kita hanyalah seperti buih dipermukaan laut tu je. Terlalu sedikit.

[don't just lay back, make a move!]

Semua orang nak berubah ke arah yang lebih baik.
Siapa yang taknak? Jangan tipulah, aku siku nanti baru tahu. HAHA.
Okey, tak lawak.
Cuba tengok keadaan dan situasi keliling kita, yang miskin berusaha nak jadi kaya, bila dah kaya nak kaya lagi, mana cukup.
Barang pula naik harga, lepas beberapa bulan naik harga lagi. Taraf hidup semakin tinggi dan kita perlu sentiasa pertingkatkan skill-skill yang kita ada.

Same goes to ourself. Dunia ni sementara. Kita mesti sedar yang suatu hari nanti, mungkin tahun depan, mungkin sepuluh tahun lagi, mungkin seabad lagi, dunia akan menghadapi hari kehancuran derr.
So, taknak ke berubah untuk kebaikan? Dari segi jasmani, rohani, akhlak, peribadi and so on?

Tapi semua orang akan cakap (including myself), “gila, susah kot nak berubah!”
Now, ce cite sikit apa benda yang senang dalam dunia ni?
Nak makan pun susah. Sebelum makan kena masak dulu, sebelum masak kena prepare bahan-bahan masakan. Kalau takde bahan, kena pergi kedai, beli. Nak beli kena ada duit. Kalau kedai dekat, jalan kaki, selamat ah duit minyak tapi kalau kedai jauh? Duit minyak lagi. Balik rumah siap siap nak masak, eh tertinggal satu bahan. Ah sudah, kan dah kena patah balik ke kedai. Tak ke susah tu?

[don't waste your time. it's priceless]

See? To make it short, memang takde benda yang mudah dan senang dalam dunia ni.
Usaha tangga kejayaan. Allah suka pada hamba-Nya yang sentiasa berusaha. Kalau niat kita baik, pasti kita akan dapat pertolongan dari-Nya.

Eh panjang pula review ni ek. Aku ingat nak buat pendek je tadi cane ntah boleh jadi karangan pula.
Aku suggest sesiapa yang suka baca novel tu, mesti miliki Versus ni. Dan kepada sesiapa yang tergerak hati nak berubah tu, Versus bagi aku boleh jadi sumber inspirasi korang.
Honestly, it's inspire me a lot.

That's it. Thanks sebab gigih baca entry ni sampai habis. Harap aku tak buang masa korang. HAHA.
Enjoy your weekend buddy :)

click, click, click! ;)