Hari ni aku nak buat review pasal novel yang aku baru habis baca semalam; Versus karya Hlovate.
Versus is not just a novel. Pengisiannya penuh dan sangat menyentuh hati aku.
Basically, jalan ceritanya tentang penghijrahan. Semua orang tahu maksud hijrah right? Maksudnya berubah angin, beralih dari satu tempat ke tempat yang baru, berpindah dan sebagainya.
Dan ye, dalam novel ni memang ada penghijrahan yang seperti dinyatakan di atas.
[always feel the appreciation in your heart]
Tapi ia tak terhenti setakat tu, apa yang lebih menarik pada aku adalah jalan cerita mengenai penghijrahan hati.
Fulamak, hebat tak ayat aku? HAHA.
Okey, serius.
Penghijrahan hati which I mean, change for good.
Dari tak berapa nak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik as stated in this novel, “there’s always a room for perfectionist” – Versus.
Senang cerita, takde manusia yang sempurna dalam dunia ni sebab yang sempurna tu hanya Dia tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk kita lemah dan berputus asa.
Atau cepat berpuas hati dengan perubahan yang kita dah lakukan.
Bumi ni luas dan banyak lagi yang perlu kita belajar. Ibarat lautan yang luas, ilmu kita hanyalah seperti buih dipermukaan laut tu je. Terlalu sedikit.
[don't just lay back, make a move!]
Semua orang nak berubah ke arah yang lebih baik.
Siapa yang taknak? Jangan tipulah, aku siku nanti baru tahu. HAHA.
Okey, tak lawak.
Cuba tengok keadaan dan situasi keliling kita, yang miskin berusaha nak jadi kaya, bila dah kaya nak kaya lagi, mana cukup.
Barang pula naik harga, lepas beberapa bulan naik harga lagi. Taraf hidup semakin tinggi dan kita perlu sentiasa pertingkatkan skill-skill yang kita ada.
Same goes to ourself. Dunia ni sementara. Kita mesti sedar yang suatu hari nanti, mungkin tahun depan, mungkin sepuluh tahun lagi, mungkin seabad lagi, dunia akan menghadapi hari kehancuran derr.
So, taknak ke berubah untuk kebaikan? Dari segi jasmani, rohani, akhlak, peribadi and so on?
Tapi semua orang akan cakap (including myself), “gila, susah kot nak berubah!”
Now, ce cite sikit apa benda yang senang dalam dunia ni?
Nak makan pun susah. Sebelum makan kena masak dulu, sebelum masak kena prepare bahan-bahan masakan. Kalau takde bahan, kena pergi kedai, beli. Nak beli kena ada duit. Kalau kedai dekat, jalan kaki, selamat ah duit minyak tapi kalau kedai jauh? Duit minyak lagi. Balik rumah siap siap nak masak, eh tertinggal satu bahan. Ah sudah, kan dah kena patah balik ke kedai. Tak ke susah tu?
[don't waste your time. it's priceless]
See? To make it short, memang takde benda yang mudah dan senang dalam dunia ni.
Usaha tangga kejayaan. Allah suka pada hamba-Nya yang sentiasa berusaha. Kalau niat kita baik, pasti kita akan dapat pertolongan dari-Nya.
Eh panjang pula review ni ek. Aku ingat nak buat pendek je tadi cane ntah boleh jadi karangan pula.
Aku suggest sesiapa yang suka baca novel tu, mesti miliki Versus ni. Dan kepada sesiapa yang tergerak hati nak berubah tu, Versus bagi aku boleh jadi sumber inspirasi korang.
Honestly, it's inspire me a lot.
That's it. Thanks sebab gigih baca entry ni sampai habis. Harap aku tak buang masa korang. HAHA.
Enjoy your weekend buddy :)
click, click, click! ;)
No comments:
Post a Comment