Thursday, January 26, 2012

Adab dan dapur. Ade kaitan ke?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hai guys. Semester ni banyak sangat cuti hari Isnin kan. So I guess takde la nak dengar rungutan Monday Blues lagi ye dak? Anyway, aku bukan nak cerita pasal cuti pun.


I am about to talk about kitchen. Aku ada satu tabiat kalau dekat dapur. Seboleh-bolehnya dekat dapur aku lebih suka menjaga adab.


Eh? Pelik ke? Dekat dapur pun ada adab tau. Haaa, jangan tak tahu.

Aku tak suka bila orang cakap benda-benda yang tak elok depan makanan. Macam mencarut ke, atau apa-apa perkataan yang tak elok. Seriously, I hate that yet if things like that happen, there's nothing I can do. Kadang-kadang aku pun terlepas juga. Pfttt~

Menjaga adab sangatlah penting tak kiralah kat mana sekalipun kita ada. Adab masa tengah masak tu sangat penting sebab nanti kita nak bagi orang makan. Makanan tu akan jadi darah daging. Kalau kita makan benda yang tak elok, perangai kita pun jadi tak elok.


Kenapa masakan ibu sangat sedap dan tak dapat dikalahkan oleh mana-mana chef sekalipun? Sebab masakan yang ibu kita masak dimasak dengan penuh kasih sayang dan pastinya ibu kita jaga adab dan mendoakan yang baik-baik masa tengah masak tu. So girls ladies, kalau nak bagi suami sayang lebih, sambil masak tu berselawat la banyak-banyak. Selain dapat pahala, dapat extra kasih sayang juga!


click, click, click! ;)

No comments: