Thursday, January 19, 2012

ingin kau bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

entah, sampai bila harus aku tahan rasa yang berbuku di dada. sakitnya hanya tuhan je yang tahu. aku tak mampu nak jauhkan diri dari dia. aku tak mampu lepaskan dia. aku tak mampu membenci dia. walau sebanyak mana sekalipun aku ajar hati aku supaya lupakan dia, aku tetap gagal. kerasnya hati aku.


takde orang lain selain dia yang boleh buat aku rasa bahagia. nanti. aku memang bahagia. tapi bila dia hadir, kebahagiaan aku bertambah. bila dia takde, rindu tak pernah susut. kenapa? kenapa dia perlu sayang orang lain?


one of my friend said i am faithful. indeed and i am stupid too. mengharap dan menunggu dan kecewa. kemudian putus harapan. namun bila dia kembali, aku mula mengharap lagi, menunggu dan kecewa. ia selalu begitu. dan aku masih tak serik.

dia mengaku dia sayang aku dan dia sayang gadis tu juga. dia tak boleh buat pilihan. aku suruh dia pilih gadis tu dan jangan cari aku lagi. dia pandang aku dengan dahi berkerut seolah-olah begitu mudah aku buat keputusan.


dah terlalu lama hubungan kami terjalin. sejak kami di tingkatan empat. itulah alasan dia bila aku tanya kenapa dia sayang aku. but still, kalau jodoh kami takde kami tetap takkan bersama. this game is so hard and painful till i decide to end it up.



satu soalan. apa yang akan anda buat kalau orang yang anda sayang menyayangi anda TAPI dalam masa yang sama dia menyayangi gadis lain juga?

teruskan perhubungan?
berpisah kerana dia tak setia dan lenyapkan diri darinya?
atau berpisah namun teruskan persahabatan?


No comments: