Thursday, January 26, 2012

Bila hati kosong. . .

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Pernah dengar ayat ni? "Don't worry if you're alone cause Allah is saving your heart for someone that worth it." Lebih kurang camtu la bunyinya.

Housemate aku cerita dia baru putus cinta. Sama la kita deq non. Rasanya, tak perlulah aku kot explain macam mana sakitnya bila putus cinta. That's not my major concern, anyway.

Apa yang aku nak tekankan ialah teruskan hidup. Tak guna bersedih atas perpisahan yang terjadi sebab pada aku, manusia datang dan pergi. People left memories regardless of bitter or sweet the memories were. People aren't perfect too. Macam mana sekalipun dia buat kita bahagia, dia tetap akan, pernah atau ada juga buat kita mengalirkan air mata.

Fikirlah, pada siapa kita nak luahkan bila orang yang lapkan air mata kita selama ni buat kita menangis?


Aku bukan gadis yang baik. Sumpah! Tapi semua ujian yang Allah turunkan ni buat aku jadi kental. Aku cuba perbaiki diri aku. Aku mahu jadi gadis yang baik. Sejak dari dulu lagi. Namun, kekuatan untuk jadi yang baik itu ibarat lalang yang ditiup angin. Mudah sangat terganggu dengan persekitaran.

Macam mana cara nak lawan hati yang sepi dan kosong setelah ditinggalkan oleh orang tersayang?

Entah. Aku sendiri tak tahu. Apa yang aku buat ialah menginsafi diri. Aku fikir positif. Setiap ujian yang Allah berikan pada aku ada sebabnya. Allah pasti masih menyayangi aku. Jadi, dari situ aku sedar bahawa Allah tak pernah tinggalkan aku.

DIA beri aku kesakitan sebab DIA mahu aku ingat pada-NYA. DIA mahu aku kembali bermuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan-NYA. Jiwa aku yang kosong pasti DIA mahu aku isi dengan ayat-ayat cinta dari kitab-NYA.

Benar, memang benar. Bila aku kembali dekat dengan-NYA dan membaca ayat-ayat cinta dari kitab-NYA, jiwa aku benar-benar terisi. DIA selalu ada bila aku merasa sepi. DIA tak pernah tinggalkan aku dan inilah yang paling sedih dan mengharukan daripada perasaan putus cinta. Sobs TT__TT


Fuhhh! Panjang juga aku berceloteh kali ni. Hehe. Ada sikit lagi yang aku nak share.
Penantian yang ada hasil pula, adalah penantian yang pakej. Ada cinta, ada berkenan dalam hati, ada usaha zahiriah (cth:study sungguh2, kerja betul2 cari duit), dan ada usaha batiniah (tahajjud malam sungguh2 sbgmana entri saya sebelum ni), sabar disertai dengan tawakkal akhir sekali.
I like what I read. Do you? If yes, click to read more :)

[klik untuk lebih jelas]

Sabar itu sebahagian daripada iman. Bila ditimpa musibah jangan berpaling pada benda lain, carilah Allah. InsyaAllah, DIA sentiasa ada untuk kita. Bukan ke DIA yang lebih mengetahui dan memahami kita?

click, click, click! ;)

No comments: