Tuesday, January 31, 2012

Penantian dengan usaha memang berbaloi.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Hai u'olls. I sekarang dekat Shah Alam. Semalam I balik sini, mak dengan ayah yang hantarkan. Ihik! Manjakan I ni? Well, janganlah jealous u'olls. I kan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kecil I. Ihikhik.

Okay, cut the crap. Aku balik hari Ahad pun dengan keadaan tergesa-gesa jugalah. Biasalah, ada tugasan yang perlu diselesaikan sesegera mungkin. Ia juga dikenali sebagai kerja last minute.

Korang boleh bayang tak? Hari Ahad yang public holiday tu, kitorang kena pakai formal dan pergi interview orang? Ni dah bukan Monday Blues lagi dah, ni dah kira Sunday Orange! (tak tahu nak letak warna apa. HAHA) Tapi takpe, I jenis yang komited okey!
Geez, tak perlu kot nak gedik-gedik camtu kan? -__-"

Anyway, semalam aku and the gang upin ipin group kena pergi interview manager restoran berkaitan dengan makanan bernutrisi. Benda yang paling aku lucu sekali ialah bila manager tu cakap, "kedai makan sekarang mana ada fikir sangat pasal nutrisi dalam makanan, apa yang mereka pentingkan adalah kelazatan makanan yang mereka sediakan."


Dalam kelucuan tu, terlintas juga dalam otak aku yang semakin sedap makanan tu, semakin kuranglah nutrisi dalam makanan tu. Eh, dah macam buat eksperimen sains kat sekolah la pula!

Tapi memang betul apa yang En Zaini(manager) tu cakap. Mana ada restoran yang pentingkan kandungan nutrisi yang hilang masa diorang sediakan makanan. Kalau peniaga restoran tu seorang yang concern pasal nutrisi, mesti restoran dia cepat bankrap. Ada ke pelanggan yang nak makan makanan yang bernutrisi?

Which as I stated just now, makanan yang sedap tu kebanyakannya hilang langsung kandungan nutrisinya. Macam ubatlah. Mana ada ubat yang sedap derrr. Ubat semua pahit kan kan kan?


Alright! Cukuplah pasal interview and what not.

Semalam aku and the group juga ada presentation. Selepas berminggu-minggu kami tunggu, selepas berminggu-minggu presentation kami di'hold', akhirnya hari ni keluarlah semua pekasam yang kami jerukkan selama beberapa minggu tu.

And surprisingly, kami dapat pujian dari lecturer. Alhamdulillah. Kiranya penantian yang diselitkan dengan usaha kami ni tak sia-sia la. Ihikhik, I teruja u'olls! Tapi berlagak cool je masa kena puji tadi. Miss pun pesan, "tak payahlah nak bangga sangat sebab tak semestinya kamu dapat A," dan so far takde lagi presentation yang buat dia impress.


Anyhow, alhamdulillah. Rasa lega sangat bila presentation dah selesai dan dapat feedback best pula tu dari lecturer. Cehceh nampak sangat baru first time dapat good feedback dari lecturer. HAHA!

Not all of us can do great things, but we can do small things with great love. Alhamdulillah, kawan-kawan bagi komitmen yang memberansangkan. Thank you guys!

Till then, see ya!

click, click, click! ;)

No comments: