.gambar hiasan.
jual beli yang berlangsung pada hari Jumaat selepas azan kedua yakni ketika khatib sudah naik ke atas mimbar adalah haram bagi kaum lelaki yang wajib baginya solat Jumaat. perkara ini sentiasa dipandang enteng oleh masyarakat Islam kini.
kita semua pernah belajar tentang akad jual beli. menurut mazhab Hanafi, Syafi'i dan sebahagian Maliki berpendapat bahawa akad jual beli tersebut sah dan hanya dosa yang ditanggung kedua-dua belah pihak; penjual dan pembeli. manakala bagi mazhab Hanbali dan majoriti Maliki pula akadnya terbatal dan jatuh hukum berdosa juga. bila akad batal maksudnya penjual dan pembeli memiliki harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhah dan bermasalah.
secara ringkasnya, kaum lelaki yang sihat, baligh dan tidak bermusafir wajib mengerjakan perintah Allah ini. selesaikan urusan jual beli sebelum azan kedua pada hari Jumaat berkumandang. "hai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."-al-Jumaat ayat 9.
-dipetik dari majalah solusi isu no. 15
.gambar hiasan 2.
ada satu kisah menarik yang aku nak kongsi. satu malam ketika di meja makan aku cerita kat mak pasal monyet yang berkeliaran di rumah.
aku: mak, tadi monyet makan pisang yang mak letak kat luar tu
mak: yeke, mana taw? dia makan ke dia buang?
aku: dia nak makan. tapi pisang tu kan tak masak lagi pastu dia buang la.
mak: *gelak* lain kali jangan bagi kat dia
aku: kenapa? kesian la dia.
adik: nak buat apa kesian? tak payah
aku: kenapa tak nak kesian?
mak: monyet tu satu sumpahan. manusia yang disumpah menjadi monyet
aku: yeke? kenapa pulak?
adik: laaa ko tak pernah dengar ke cerita ni? aku dah banyak kali dengar.
aku: tak pernah, ceritalah!
mak: zaman dedulu hari sabtu adalah hari yang paling banyak ikan dalam laut/tasik/sungai. ada la sekumpulan lelaki yang taksub sangat dengan ikan-ikan tu sampai sanggup langgar perintah Allah. abaikan seruan azan. so, kenala sumpahan tu.
aku: ooohhh
melopong mulut aku. tapi rasanya macam pernah dengar jugak cerita ni. aihh susah ada short term memory ni. akhir kata dari aku, semoga kita semua berada dalam lembayung kasih sayang Allah. sama-samalah kita martabatkan Islam.
2 comments:
aku pun xpenah dengar cte tu huhu
bru dga la ni? good. :)
Post a Comment