Saturday, May 22, 2010

malas nak fikir

assalamualiakum n hi!

otak kosong.

badan penat.

perut lapar tapi malas nak makan. seriously, kalau ada pertandingan rakyat jelata yang paling malas sekali, memang aku pemenang hadiah utamalah jawabnya; buang daerah. eyh sekejap. aku cakap malas SEKALI je kan? apsal sampai nak kena buang daerah plak? tak adil!

ni pejadah lak yang aku merapu ni?

.amanlah anda sebelum anda diamankan.

pukul dua tadi aku keluar rumah. janji nak jumpa kawan. turun kat bank negara then met him there. lepas makan kat medan selera... err jap lupa lak name medan selera tu. pape je la. tak pnting pun. ktorng gerak g sogo. aku nak cari kasut tapi ohh walaupun kat sane sale tapi maw terkeluar jugak bebola mata aku.

aku start lemau bila benda yang aku nak takde. ni la part yang paling susah dalam hidup. yeke? menipu tak hengat aku ni. aku setakat pusing-pusing kat deretan kasut yang aku nampak je. aku dah malas nak round satu kawasan sogo tu. silap haribulan putus selipar zaman 60-an yang aku sarungkan tu. eyh ada kebaikan jugak perangai malas ni ek?

tibe2 kawan aku tu ajak cari kat deretan kedai yang berderet kat luar sogo. tah macam mana aku tetibe rajin, laju je aku menonong keluar. dan inilah yang aku dapat.

-crocs lavendar-


tak caye? jeleslah tu!

betul tak caye ni?

percaya la.

percayalah yang aku pun tak caye yang korang akan percaya.

HAHAHA. gila dah aku memalam buta ni.

okey, okey. kali ni betul punya.

-tu dia-

dua helai selendang yang sama corak tapi berlainan warna dengan dua pasang kasut. satu sandal, satu selipar. alhamdulillah dapat jugak apa yang aku nak. seronok sangat. dah dapat tu baru teringat rumah.

ohh tidakkk.

tengok jam dah pukul enam petang. sah-sah ramai orang ni karang.

memamg dah agak. macam ulat dah aku tengok diorang ni. **dushh! sesedap bahasa je kaw cakap aku ulat??!**

agak la frust bile train sampai dan kami terpaksa melepaskan train pergi gitu je. gila kaw, tak muat lorrrh. nak sumbat jugak ke? maw pecah urat saraf kalau nak masuk jugak.

ye eyh? memandai je aku cipta ayat. -__-'

okey train yang keempat pun tibe. kali ni tak leh lepas. mesti naik tang tu jugak. mak mesti menyirap aku balik malam.

dalam train tu, meh mak nak citer nokk~ dah la dengan ramai orang, tak cukup ngan tu, mak rasa macam duduk kat dalam sauna pulak. auwww, seksi nyah.

serius geliman ayat aku tu. tapi memang panas tahap tak boleh nak lap lagi peluh tu. setengah saat je dah menitik balik. huihh banyak dosa betul aku ni. tak sampai satu saat tu! gila tak gila. okey, aku TAK gila.

masa tengah enak melayan peluh-peluhan yang merimaskan tu tibe2 terasa bahu aku dicuit beberapa kali. eyh? sape lak yang berani cuit2 aku ni? dah la tengah panas ni. kang meletup kang, menyesal kaw.

aku pusing belakang. laaa kawan aku ke? kawan aku buat isyarat yang bermaksud begini.
"kertas tadi mana?"
"ni,"
"kipas budak ni. kesian dia panas."

ohh jap, camne aku boleh tak perasan ada sorang budak yang sangat baik dalam dukungan*ada ke ayat dukungan?* ibu dia, merengek sikit-sikit tapi lepas tu senyap bila kena pujuk dengan ibu dia. aku tersengih.
sibuk sangat layan peluh.

aku pun dengan tak seberapa stabil mengipas budak tu. sesaat lepas tu, aku nak terjatuh.

eyh, train! jalan leklok sikit boleh tak?<--- sikap manusia, salah sendiri nak marah benda lain.

selamba je aku peluk ibu yang tengah dukung anak dia tu. hahaha sorry puan.

tangan aku terkial-kial kipas budak tu. biasalah, tak biasa buat kerja amal camtu la gayanya. tapi aku tabik spring melantun-lantun**boleh?** la kat kawan aku ni. sempat lagi prihatin kat orang yang dalam kesusahan time diri sendiri pun tengah susah. bagus! sikap yang terpuji okey. anak-anak muda, sila contohi belia yang berwawasan ye.

sampai je stesen yang sepatutnya aku turun, bertalu-talu mesej mak aku masuk. oh yes, sedia untuk tadah telinga.

huh, berjaya jugak belog ni diupdate.

*tap*bunyi suis dipadamkan, merangkak atas katil dan ZZzzz~

selamat malam semua. yang sedang study, selamat prep. eheee.

footnote: eyh, lupa plak. sampai rumah mak tak marah pun. ayah je yang tanya tu ni. tapi bila tengok muka ala-ala manja aku, terus tak jadi marah. heee thanx parents sebab concern. sayang menggununglah! xoxo.

3 comments:

jannerozman said...

nice crocs syyg!!!..chatek!

shawl yg comel.!!

waa, lme x shopping shwal..
ngeeee?

opps, siapakah "him" itu yg menemani kamu shpping di sana?
hehehheh :D
mish u syg!

jannerozman said...
This comment has been removed by the author.
Qis said...

jeng3. ne ada aku bli crocs.
gedik je tu. hahaha~

jom2 g jln tar.
byk kot yg cantek2.
seb bek aku bole thn nafsu lg. haha

kwn je syg. jgn risau eyh, i tak curang dgn u. ;p
mish u too!