Wednesday, June 30, 2010

She is priceless

Assalamualaikum n Hi!

Haahh, rindu nak merapu kat sini. Sibuk betul sepanjang minggu ni. Penat dan stress bertimpa-timpa sampai tak sempat nak sengih pun. Ceh, hyperbola sungguh.

Isnin lepas hari lahir mak aku tapi tak sempat nak wish pun. Anak derhaka betul. Kalau birthday boyfie, laju je mesej. Tak menyempat nak tunggu detik 12.00 tengah malam pun. Haha. Lawak dunia ni kan?

.:thanx Mr. Google:.

28 Jun lalu adalah ulang tahun kelahiran mak yang ke... jeng, jeng, jeng... 51 tahun. Naa, still young. Ramai orang tak percaya umur mak aku. Tengok anak la! Hahaha.

that's my mom, adik, and dad. :)

see, muda belia lagi mak aku. hehe

Happy birthday mak! I love you so much. You are the best mom I've ever had! :)

Semoga cepat naik haji, murah rezeki, amalan baik bertambah berganda-ganda-ganda-ganda(harap cekgu bm aku tak baca ni). Tak lama lagi boleh dapat cucu. Eceh, celah mana nak dapat cucu? Anak-anak mak muda-muda lagi. Kan? Kan? Cucu sedara ada la. ;)

love,

Thursday, June 24, 2010

Kusut

Assalamualaikum n Hi!

Kepala disengetkan ke kiri kemudian ditegakkan balik. Lepas tu ke kanan. Hmm, apa kena dengan aku ni? Satu badan terasa panas dan menggigil. Rasa macam nak demam.

Tadi lepas makan aku duduk kat meja sementara menunggu mak habis mesej customer dia. Geez bosan betul sejak mak aku tak habis-habis bisnes ni. Harap mak tak baca ni. Huuu.

Tiba-tiba handphone dalam genggaman mak berbunyi. Aku buat dunno. Dah? Handphone mak, tak kan aku nak angkat. Lagipun handphone tu dalam tangan mak. Aku ingat customer mak. Tapi bila tengok mata mak duk lekat dekat aku, aku dah berdebar. Siapa pula yang call mak ni? Jangan-jangan...

Tepat jangkaan aku bila mak sebut nama dia. Oh my God! Rasa macam nak pecah dada aku. Bulat mata aku pandang mak. Humphh.

Bila mak letak call, aku dah tergelak-gelak. Tutup malu. Daus call mak. Kenapa?

Rindu. Aku rindu dia. Hmm, aku rindu Daus. Esok dia kelik Kelantan. Aku ingat dia kat Kelantan sekarang. Kalaulah...

Sorry Daus. This is the best for us. Jangan lupakan Qis.


Wednesday, June 23, 2010

if i could turn back the time

Assalamualaikum n Hi!

will you be my sunshine forever?

you're my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey
you never know dear
how much i love you
please don't take my sunshine away


the other night dear
as i lay sleeping
i dreamed i held you
in my arms
when i awoke dear
i was mistaken
so i hung my head
and cried

"betul, senyuman aku sekarang adalah satu penipuan. but aren't you happy when you look at people around you with their smiling or laughter cause of your smile? hmm?"

"..." senyap tanpa jawapan. oh my... what am i doing? talking with a cockroach in a toilet??

gila! adakah aku sedang dalam proses untuk masuk hospital bahagia? geez.

off to bed.

footnote: gonna miss my nabila, zuhdi n hanif. they are my fav students. ;)

Monday, June 21, 2010

Toy Story 3

Assalamualaikum n Hi!

Pheww, penat kaki aku berjalan satu Mid Valley (MV) hari ni dengan Eja. Tujuan utama kami ke MV ni adalah untuk menonton Toy Story 3.

toy story 3 really awesome!

Sampai je MV terus g ladies. Biasalah perempuan. Takkan nak masuk gents pulakan? Lepas tu baru beli tiket Toy Story 3. Masa nak beli tiket pun ambil masa beberapa minit untuk fikir nak tengok 3D ke biasa. Sempat lagi fikir, kalau tak best cam rugi pula beli tiket 3D. Then buat keputusan beli tiket biasa je.

MPH bookstore

Memandangkan movie start kul 2.00 p.m, kami round-round MV tetiba termasuk dalam kedai buku. Hahaha. Okey, bukan tiba-tiba tapi sengaja. Gila lama kitaorang kat sini. Sumpah lama. Tak silap aku ada la dalam sejam. Kesian Eja teman aku cari buku.


Pusing-pusing MPH tu mencari novel Hlovate; aA + bB. Uhuuuu, jumpa! Aku pun tak tahu nape aku excited sangat jumpa buku tu. Sebenarnya nak beli buku The Last Song by Nicholas Sparks tapi agaklah mahal. Tak jadi la.

Lepas zuhur kat surau kami pun bergegas ke cinema dan menikmati cerita yang dah bermula sambil makan popcorn dan minum air berkaronat sebagai alas perut. Haha ayat tak nak panjang-panjang.

Pendapat aku tentang cerita ni? Best ohh! Rasa rugi pula tak beli tiket 3D. T___T

Moral value:
Kesetiaan
Persahabatan
Kerjasama
Kepercayaan

Even pintu cinema tu dah buka pun sebab cerita tu dah habis tapi takde sorang pun yang bangun dari kerusi. Haha punya la nak tunggu sampai dah takde gambar lagi kat skrin tu.

Lepas tengok Toy Story 3, kami gerak ke bread papa's untuk cari cream puff! Alhamdulillah kali ni tak payah pusing-pusing untuk cari kedai tu. Turun escalator terus nampak kedai tu.

bread papa's

Sampai rumah lambat. Ayat pedas sampai kat telinga. Takdelah pedas sangat pun. Pastu aku terus hulur kotak yang mengandungi cream puff sambil berkata, "nah, cream puff". Muka innocent tak hengat. Mak pun balas, "haa, nak pujuk pandailah". Duh, terkena batang hidung. "eh, mana ada. Tunggu abanglong tadi lambat sangat". Huh, cover, jangan tak cover. Eh, memang abang aku sampai lambat pun. ;)

Cream puff tu hmmm, sama je rasa dia macam yang aku pernah buat. Takde beza. Cuma krim dia lagi fine n cold. Dan roti dia lembut dan rangup. Mak cakap yang aku buat lagi sedap. Ceh, ceh mak pun pandai ampu aku. Haha. Thanks mak. Ni sayang mak lebih ni.

Masa untuk tidur. Internet betul-betul menduga kesabaran. Selamat Malam.

Tunjukkan kasih sayang anda pada orang yang anda sayang takut nanti tak sempat nak tunjukkan. Tunjukkan pada orang yang selayaknya. Kalau nak tunjuk kat bf/gf forget it you moron! Eh, terkasar bahasa lagi. Sorry.

Friday, June 18, 2010

Cream puff dan si dia.

Assalamualaikum n Hi!

Okay first of all, this is not a recipe of cream puff. Hehe. ...... Oh, sekarang aku dah tak tahu nak cerita pasal apa. T__T

Minggu ni agak sibuk sebab aku buat kelas setiap hari. Maklumlah, cuti sekolah. Aku suka sibuk. Bukan busybody tapi busy dengan kerja-kerja yang bertimbun. Sangat suka.

i am busy you know?!

Semalam lepas habis kelas aku terus mengadap pc. Oh well, untuk bertemu si dia yang kacak dan urmmm, perfect! Tolong, aku tak boleh berhenti senyum. Pipi aku dah sangat lenguh.

he's the one!

To be honest, dia tak kenal aku pun. Haha. Nama dia Hayami Mokomichi. Dia hero dalam cerita Absolute boyfriend. Pernah dengar cerita ni? Tak pernah? Okey, serba sedikit tentang cerita ni.

Diadaptasi dari manga Jepun (kot). Sebuah company yang mencipta robot telah mencipta sebuah robot cinta bagi sesiapa yang sunyi dan teringin nak ada teman. Sebagai ujikaji berjayanya robot 01 dicipta, pencipta 01 telah bertemu dengan seorang gadis; Riiko yang sunyi dan nak berteman. Dipendekkan cerita Riiko dapat 01 dengan ciri-ciri lelaki idamannya. Disebabkan 01 tu robot Riiko tak beri perhatian sangat pada 01 yang dinamakan Tenjo Night sampai Riiko sedar yang Nighto-kun bukan lagi hanya sebuah robot. Nak tahu cerita selanjutnya? Kena la tengok sendiri. Wink.

Aku diperkenalkan dengan cerita ni oleh housemate aku; Ina yang sangat layan dengan Jepun dan Korea. Dari, lagu, drama, program dan apa-apa je yang ada kaitan dengan Jepun dan Korea. Kan Ina kan? Haha.

Ingat lagi masa mula-mula dapat cerita ni. Aku tengok dengan Eka dan dengan tuan punya cerita sekali. Punyalah suka sampai tak nak tidur. Kalau boleh nak habiskan semua episod tu dalam satu hari. Ada sekali tu tengok cerita ni sampai subuh. Lepas subuh tu tidur sekejap pastu pukul 8 bangun dan siap pergi kelas. Haha. Tapi seingat aku takdelah pula kitaorang tidur dalam kelas.

antara scene dalam absolute boyfriend. Soshi dan Riiko

Riiko, I nak belajar buat cream puff dengan you boleh? Heh. Disebabkan sangat suka dengan Nighto-kun aku belajar buat cream puff. Yep, serius ni. Walaupun aku tak pernah rasa cream puff tu macam mana. Pertama kali aku buat berjaya la juga. Cuma tak pasti betul ke tu rasa cream puff sebab rasanya macam tart telur. Erghh aku tak suka tart telur. One day aku mesti juga rasa cream puff yang sebenar. Aku tak makan puff tu dengan cream dia tapi aku makan dengan ice cream. Tak boleh terima la rasa telur. Mungkin aku letak banyak sangat telur. Haha. Family aku makan je ngan cream dia.

Aku baru buat cream puff tu sekali. Next time aku nak g Mid Valley, nak rasa dulu cream puff sebenar pastu baru nak buat lagi. Dulu masa g Mid dengan housemate-housemate, memang nak beli tapi dah pusing-pusing dekat Mid tu terus lupa. =__=

Tenjo Night

Mizushima Hiro, Hayami Mokomichi, Aibu Saki

Tak silap aku cerita ni pernah dimainkan dekat 8TV. Kalau silap? Fikir la sendiri. Hehe. Aku rasa cukuplah aku membebel setakat ni je. Oh sekejap, ada lagi. Sesiapa yang minat kipas susah mati(die hard fan) Hayami Mokomichi boleh like dia kat Facebook. Klik nama dia yang warna purple tu. Okey settle.

Sunday, June 13, 2010

Ingat aku hadap sangat duit kaw?

Assalamualaikum n Hi!

rainbow

Aku baru je selesai mengajar subjek sains tahun lima. Sorang budak je pun. Rileks sikit la. Tadi sebelum budak ni balik, dia ngadu kat aku; "Teacher, tadi saya ajak *** datang tapi dia cakap dia tak nak. Lepas tu dia tunjuk-tunjuk rumah teacher. Lepas tu dia cakap 'ala, kalau kita datang pun bukan teacher nak ajar kita pun.'" Aku sengih je dengar budak ni ngadu. Aku cakap kat budak ni, "dia dah lama benti, tak payah ajak dia lagi."

Actually, *** tak cakap pun yang dia berhenti. Tapi aku assume *** dah berhenti. Kejap datang, kejap tak datang. Apa dia ingat aku ni kilang buat chipsmore ke hape? Eh, takde kaitan.

chipsmore, more, more

Aku tak tahu la apa benda yang *** ni tak puas hati dengan aku. Tak habis-habis nak kondem aku. Nasib baiklah kau tu budak. Tapi ayat dia memang selalu buat aku touching. Selama ni kalau dia datang aku fokus giler-giler kat dia je. Kelas dia sepatutnya habis pukul 5.00 p.m tapi aku sanggup tunggu dia siapkan latihan sampai pukul 6.30 p.m. Tu ke maksud dia aku tak nak ajar dia? Damn! Macam longkang mulut kau budak. Isk!

Eh, terkasar bahasa pula. Okey, lupakan pasal budak mulut longkang(giggles sorang2) tu. Sekarang aku nak buat tag dari my dearest friend; Jannatul Rozman :). Oh ye, Hari ni birthday dia!

happy 21st year of anniversary dear!



1.What is your full name?



Balqis Abd Rahman.





2. When is your birthday?



28th of July 1989







3. What is your father's name?



Abd Rahman.







4. What is your mother's name?



Fadhilah.







5. How many siblings do you have?



Three. Abang, me, adik lelaki.







6. Where do you live?



Kuang, many people thought Kluang.







7. What is your favourite colours?



White, purple, pink, blue, orange, ALL! Haha.







8. Still studying?



Yep. Till the end of the world.







9. Do you have bestfriend?



Of course!







10. Do you love them?



Weyh! Name pn BESTfriend :D








11. Jazz or pop?



Jazz.







12. Chicken or beef?



Chicken wings!







13. Coke or 100plus?



100 plus!







14. What brand is your purse?



Night market.







15. How much do you have in your wallet now?



A dead butterfly.







16. High heels or flat?



Heels suit me better.







17. Skirts or jeans?



Jeans.







18. Shirt or blouse?



I can say, both.







19. Watch or bracelet?



Watch from him. White in colour. Eh, tak tanya ek?







20. Favourite watch's brand?
Don't know. Didn't think of any.







21. Do you have a girlfriend?



So many of them. Love, xoxo







22. Do you have a boyfriend?



So many of them.







23. Do you love him/her??



I do and I still do.







24. Did you ever kiss him?



Through the phone.







25. Facebook or myspace?



Facebook.





26. What is your dream?
Be a good daughter to my parents, a good teacher to my students, a good wife to my future husband, a good mother to my future kids, a good friend to my friends, and last yet the most important, a good muslim.



Terliur pula tengok chipsmore tu. Nak cari biskut ah kat dapur. Chow kit!


Saturday, June 12, 2010

Sakit hati

Assalamualaikum n Hi!

things get broken, things get damaged


Tak, tak. Tak sakit hati pun sebenarnya. Tapi sakit mata. Uwaaaa~


Cerita berdasarkan gambar di atas.

Tengok day 1. Mata sebelah kanan (kalau tengok gambar, sebelah kiri) bengkak sikit tapi tak nampak sangat. Masa tu dalam kereta on the way nak g makan cendol. Eja belanja sebab dia dapat dekan lebih-lebih lagi untuk subjek killer; law.

congrats babe!

Hari kedua masih rasa bengkak but then tak nampak sangat kan? Ingat dah nak sembuh dah tapi rupanya hari ketiga jadi lagi teruk!

1. Sakit berdenyut-denyut.
2. Gatal mak aiii.
3. Terpaksa mengajar dengan mata yang sedikit cacat.

Yang penting, mata aku jadi macam ni bukan sebab aku suka mengintai orang. BUKAN dan TIDAK sama sekali. Macam aku takde kerja lain je nak ngintai orang. Tidur lagi baik. Kan, kan, kan? Dah pergi tidur sana.

Eh, sebelum tu baca doa supaya aku cepat sembuh boleh?

Friday, June 11, 2010

Hidup baru dengan nombor baru.

Assalamualaikum n Hi!

.: this way :.

Apa khabar anda semua penduduk blog step foward? Haha. Kelakar la tu?

Okey, hari ni aku nak cerita pasal tajuk di atas. Aku dah buat tukar nombor baru. Kenapa ye? Soalan yang aku tak tahu nak jawab apa. Aku pun tertanya-tanya kenapa aku tukar nombor baru. Okey tak. Sebenarnya, aku tahu sebabnya tapi.... let it be my secret okay? Thank you! ;p

Tukar nombor ni adalah keputusan yang paling susah untuk aku buat. Kenapa? Okey, yang ni ada jawapan. Sebab, aku sangat sangat sangat sayang dengan nombor lama aku. Upax kot. Boleh pakai lima tahun lagi. Maksudnya kalau aku topup, tempoh kredit dia tahan sampai lima tahun lagi walaupun aku hanya topup RM 3.

Memandangkan aku ni dah tua maksud aku matang, aku jarang main sms macam adik aku. Adik aku kan baru nak up so siang malam, pagi petang, belajar, buat kerja sekolah, makan, tidur, memang dengan handphone je. nasib baik handphone tu tak boleh kena air, kalau tak masa mandi pun nak bawa handphone. Eyh! Kenapa masuk cerita adik aku ni? +_+


Pendekkan cerita, aku ni tak rajin sangat nak text kawan-kawan aku walaupun bosan tahap nak kemas rumah sepuluh kali walaupun rumah dah berkilat-kilat. Heh. Rentetan dari peristiwa tu, kredit aku tak jalan-jalan. So, kalau aku guna nombor lain, tempoh kredit dia luput cepat sangat. Bergantung pada berapa RM yang kita topup. Biasanya RM 1 untuk sehari. Rugilah aku kalau macam tu ye tak?

Fikir punya fikir sambil nyanyi lagu derita merindu dari ahli fiqir aku pun buat keputusan demi masa depan yang cerah lagi gemilang. Ambil celcom blue ah! Boleh jugak buat tempoh kredit sampai bertahu-tahun(maximum 2 tahun). Okey la tu kan? So, aku pn beli celcom blue dengan harga RM 10. Yeah! RM 10. Mahal ke murah? Murah kot, sebab aku survey kedai2 lain semua jual RM 15-RM 20. Eleh, nak jual RM 20 ni mesti sebab nak makan RM 5 aku kan? Bijak cina ni. Tapi aku rasa aku lagi bijak kot. ;p


Then, aku ingat settle la masalah. Balik-balik, nombor aku masih tak aktif. Dengan rasa rendah diri, aku bersabar dalam tiga hari sebelum aku serang kedai celcom tu hari ni. What on earth are you guys doing sampai tak daftarkan my number?(bajet hebat je nak speaking). Takdelah aku mengamuk camtu. Tak elok tahu nak mengamuk-ngamuk. Darah tinggi nanti. Then, tadaaaa! Dah aktif! Alhamdulillah. Ermm kepada kawan-kawan yang tak dapat lagi nombor aku boleh mesej inbox fb aku k. Sentiasa terbuka untuk anda. Haha. Tak kelakar pun~

Terima kasih pada kawan-kawan aku; Eja dan Ain yang teman aku pergi serang aktifkan nombor baru aku. (:

Footnote: Pasal kemas rumah tu, ughh tipu je. Rumah macam tongkang pecah pun kau buat sengal je. Ni kan pula rumah dah berkilat. =__=