“jauh minda ku melayang, terkenangkn dirimu sayang
kau pergi ku tersendiri, kini kau kembali . .”
kau pergi ku tersendiri, kini kau kembali . .”
-twinkle away by brainstewz
Loser gila rasanya bila sepanjang hari duduk depan laptop berjalan dari blog ke blog tanpa rasa nak komen sepatah pun sebab internet cam siput lembabnya sambil makan kerepek kentang dengan muka berminyak dan rambut serabai macam orang yang tak mandi setahun. Phewww, semput tak baca tanpa noktah? HAHA.
Eh, lupa nak bagi salam, assalamualaikum. Tengahari tadi aku naik atas penimbang berat badan. Macam nak tersembul keluar berguling-guling bebola mata aku. Currently, berat aku hampir 50kg. Oo oow ni tak bagus, tak bagus langsung. Tskkk cane nak kurus ni? Okey, start berazam sekarang.
Pertama àMinum air mineral sebanyak yang boleh tapi bukan pada waktu yang sama. Minum air bila terasa badan kekurangan air atau sekurang-kurangnya setiap jam dan hentikan tabiat minum air sambil makan ke makan sambil minum air? Okey, apa-apa je lah. Ini penting supaya lemak tak tepu. HAHA. Aku main reka je so, sila jangan percaya.
Kedua àKurangkan makan makanan yang berkanji. Nasi, roti, mee dan seangkatan dengannya. Tapi ni lah makanan ruji aku. Mana boleh tinggal. So cane?
Ketiga àMakan malam? NO!~ Dah tiga hari aku tak makan malam. Makan tengahari je lepas tu malam minum RxLite. Kalau perut berkriokkk juga masuk tidur cepat-cepat but so far, boleh tahan lagi. Tidur jam 2 pagi setiap malam. Terasa hebat pula masuk tidur lambat(sengal). Oh tapi semalam memang tak tahan la. Lepas bakar pizza untuk family yang masih lapar walaupun lepas makan keuw teuw goreng, aku pun jadi terliur tengok cheese yang mencair atas pizza. Apalagi, aku bedal dua slices okey dengan cheese yang jadi fav. Grrr.
Cheese, aku suka cheese. Suka gila kecuali cheese cake atau cheese yang sekeping-sekeping yang makan dengan roti tu. Ha, yang tu aku tak suka. Aku suka cheese yang cair. Bila tengok cheese yang cair tu air liur aku terus merembes keluar tanpa dapat ditahan-tahan hinggakan aku terpaksa “gulp!”. Teka apa? Kerepek kentang yang aku makan ni pun perisa cheesy cheese. I told ya! HAHA.
Poyo je la azam-azam semua tu. Entah jalan entah tak la kejadah azam-azam ni semua. Hey wait, sekurang-kurangnya, aku dah laksanakan ketiga-tiganya. Sekarang ni cuma perlu konsisten je. Jadi sila sokong aku untuk turunkan lima(5) kilo ye. HAHA. Sudah, aku nak tidur.
6 comments:
btol ke mkn prigles?? rase cam takleh mkn jename prigles kn??
pringles dh ada logo halal en?
tak tau la..tp ade research dr phak universti kate prigles smmgnye tidak halal,..wallahualam..just elakkn je..
thx, will bear it in mind :)
dah kurus dah cik kak oi !
aku pun suka cheese. nyum nyum :)
haha. x kurus sgt la. kte dh lme x jumpe kn. klo kte jumpe mst kau setuju ngn aku.
yeay! sep sep ;P
Post a Comment