[i want the highest apple, please]
Martabat seorang wanita ibarat sebiji epal. Semakin tinggi kedudukan epal itu, semakin sukar untuk sesiapa juga mencapainya. Ia menjadikan epal itu cuak kerana bimbang akan membusuk di takhtanya lalu si epal menjatuhkan dirinya ke atas tanah bagi memudahkan sesiapa untuk mengutipnya. Namun, akan adakah sesiapa yang sudi untuk mengutip epal yang telah jatuh ke tanah itu? Kerana hakikatnya, apabila si epal sudah jatuh ke tanah ia sebenarnya telah pun menjadi busuk. Malangnya nasib si epal. Sedangkan tadi ia berada di tempat yang tinggi namun ia menjatuhkan martabatnya demi kerana mahu dicapai oleh seseorang.
Aku separa yakin ramai yang pernah terbaca ayat-ayat cinta kat atas. Aku tak pasti kenapa mesti buah. Kenapa bukan bunga? Bukan ke wanita sinonim dengan bunga. Pastu buah epal lak tu. Kenapa tak limau, oren ke, belimbing ke, durian ke. Perghhh sedapnya kalau dapat pulut durian. Eh kelaut, sorry der.
Aku sentiasa ingatkan dan tanam dalam diri aku perumpamaan kat atas. Memanglah wanita tak boleh disamakan dengan epal tapi namapun perumpamaan. So faham-fahamlah. Bagi aku perumpamaan ni memudahkan kita memahami sesuatau maksud tertentu.
Contohnya, bagi perumpamaan yang kat atas ni, seorang gadis yang rasa dirinya tak laku akan merendahkan martabat dirinya hanya kerana mahu mendapat perhatian dari para jejaka hampeh. Padahal dia tak sedar yang sebenarnya Allah dah ciptakan seseorang dari kaum Adam yang sama atau mungkin lebih tinggi martabatnya dari gadis tadi untuk mendampinginya. Kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni?
Pendek kata, percayalah bahawa Allah dah ciptakan seorang insan yang sesuai, sepadan dan segala ‘se’ untuk setiap umatNYA. Namun jika kau rasa takde pasangan yang diciptakan untuk kau kat dunia ni yakinlah bahawa DIA menyediakan yang lebih baik untuk kau di akhirat kelak sesungguhnya. Bukan ke sesungguhnya tu patutnya kat depan ayat? Apsal aku buat kat hujung? Eh, suketi akulah, ayat aku. Ape de hal? Nak gaduh? Jom ah! HAHA.
Siput je perangai. Okeylah, semoga entry kali ni boleh bagi manfaat kat kau dan juga aku. Selalu buat entry merapu, sesekali nak jugak buat entry ilmiah. Kononnya la kannn. Kau jangan jeles. Okey aku berhenti sekarang. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment