Thursday, May 27, 2010

saya jatuh cinta!

Assalamualaikum n hi!

Semalam sangat best! Jumpa kawan sekuliah masa kat unisel dulu; Jannah :). Walaupun rumah kami cuma sekangkang kera tapi nak jumpa sangatlah limited. Heh, tak boleh blah je ayat. Yelah, perempuan mana boleh keluar sangat. Lagipun my besties ni kerja time weekdays and I work on weekends. So agak susah untuk aku hang out dengan kawan-kawan bila hujung minggu tiba.

Bila dah jumpa tu, macam-macam cerita keluar. Kami sembang pasal teman hidup(?), pasal planning in the future, tak lupa juga tanya khabar kawan-kawan yang lain dan acara kemuncak ialah snap-snap pictures! :)

Enjoy our pics,




Okey tu je. Nak yang lain, tengok dekat facebook. ;p

Sony Ericsson presented SE C903

babe, merah cun ah!

And what happened after that?

Dah puas menggedik kat kfc kitaorang gerak ke The Store dan start survey handphone. Tak plan pun nak survey handphone tapi bak kata pepatah melayu genggam bara api biar-- eyh, macam salah je. Sambil menyelam minum air laaa Balqis! T_T"

Promoter tu suggest SE C903 dekat Jannah. Hmm, mula-mula tengok macam biasa je tapi bila dah gerak dari satu kedai ke kedai yang lain, alamak! Aku dah jatuh cinta la pula kat handphone ni! Parah Balqis, parah. Silap hari bulan aku yang tukar handphone babe. Haru.

Ciri-ciri SE C903:
  1. Memory stick micro (M2) up to 16 GB
  2. 5.0 megapixel auto focus camera
  3. Bluetooth
  4. MP3
  5. oh but NO WLAN :(
For more infomation, click.

Merah takde la cun sangat sebenarnya. Eheee. Cuma teruja je tengok warna baru sebab semalam masa survey diorang semua tunjuk warna hitam dan putih sahaja.



Thats all for today. Enjoy your day. Semoga hari ni lebih baik dari semalam. :)

Wednesday, May 26, 2010

Bila Pagi Tiba

Asalamualaikum n hi.

Mimpi yang panjang berakhir bila aku tiba-tiba mencelikkan mata. Aku memandang siling bilik. Keadaan bilik agak suram tapi eyh dah pukul berapa ni? Macam dah terlepas subuh je ni. Ah sudah. Aku segara mencapai handphone yang kuletakkan di bawah katil. Oh my God, laju je jasad aku bangun dari pembaringan lepas tu kepala terus rasa berat. Heh. Padan muka kaw.

Untuk beberapa minit aku masih tercongok di atas katil. Cuba menstabilkan otak, mencerna segala mimpi yang membuai lena sebentar tadi. Alhamdulillah aku terjaga untuk solat subuh walaupun terlambat.

.pagi.

Dan walaupun dah terlambat, aku tetap nak ucapkan tahniah pada Shahir af-8 yang telah berjaya merebut tempat juara dalam konsert akhir akademi fantasia musim ke-8. Beriya-iya korang sedih sebab dia tersingkir pada minggu ke--- Dia tersingkir minggu ke berapa?

Tak kisahlah, past tense already. -_-

Rezeki dia kan. Agak-agak peminat-peminat dia marah tak aku taip 'rezeki dia kan'? Ke aku patut taip dia memang layak dapat tempat juara?

Eyh, nanti kejap. Why did I sound like someone who doesn't really care about the man who is really attractive and make every single lady going insane because of him?

tolong jangan tenung lama-lama. dosa weyh!

Nahh, sekarang aku bagi sebab-musabab kenapa ramai gadis-gadis di luar sana cair jiwa dan raga tengok Shahir ni. Antara sebab-sebabnya ialah:
  1. Latar belakang keluarga dia - jejaka yang berasal dari Ipoh Perak ini terdiri daripada keluarga yang alim
  2. Dilabel sebagai budak suci - bak kata Pak Nil, "kami pulak yang rasa bersalah, apa dah jadi dengan budak suci ni".
  3. Sopan santun - ini merujuk kepada cara pertuturan dia.
  4. Sejuk mata memandang -  senyuman senget dia tu memang menawan. kan girls?
Aku rasa empat dah cukup. Nanti menangis air mata darah pula jejaka-jejaka yang lain. Semua info-info ni aku analisis dari konsert akhir je. So, tak banyak yang aku tahu tentang jejaka tinggi lampai (ke?) berkulit cerah ni.

caption kat fb fanpage *sweet baby face*

Semua orang sibuk tergila-gilakan dia, aku baru terhegeh-hegeh suka lagu ni. Sebenarnya takde kaitan pun dengan Shahir. Cuma nak bagi tahu yang aku tak tergila-gilakan dia. Sekian.

Ye, ye aku tahu bunyi macam gelabah tapikan kalau korang nak tahu, suka hati aku la! HAHA.

peace, wink ;)

Monday, May 24, 2010

just stay, please.

assalamualaikum n hi.

entry kali ni cuma nak share lagu yang layan~


Estrella - Stay
Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall a sleep
Cause i keep thinking of you
And I saw shadow outside my window
And it's you

All my sorrow flew away
Hush keep quiet hear me say
I don't ever want you to go
Please stay

With the moon light dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny
It's just you

Try and think about it
If your heart is closed don't lock it
Keep your keys back in your pocket
Think this through
 
.: estrella :.

All my sorrow flew away
Hush keep quiet hear me say
I don't ever want you to go
Please stay

With the moon light dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to ForeverLand
Just stay


footnote: lagu yang dah lama berkumandang di telinga aku tapi sekarang baru nak share. eheee :D. enjoy.

Saturday, May 22, 2010

malas nak fikir

assalamualiakum n hi!

otak kosong.

badan penat.

perut lapar tapi malas nak makan. seriously, kalau ada pertandingan rakyat jelata yang paling malas sekali, memang aku pemenang hadiah utamalah jawabnya; buang daerah. eyh sekejap. aku cakap malas SEKALI je kan? apsal sampai nak kena buang daerah plak? tak adil!

ni pejadah lak yang aku merapu ni?

.amanlah anda sebelum anda diamankan.

pukul dua tadi aku keluar rumah. janji nak jumpa kawan. turun kat bank negara then met him there. lepas makan kat medan selera... err jap lupa lak name medan selera tu. pape je la. tak pnting pun. ktorng gerak g sogo. aku nak cari kasut tapi ohh walaupun kat sane sale tapi maw terkeluar jugak bebola mata aku.

aku start lemau bila benda yang aku nak takde. ni la part yang paling susah dalam hidup. yeke? menipu tak hengat aku ni. aku setakat pusing-pusing kat deretan kasut yang aku nampak je. aku dah malas nak round satu kawasan sogo tu. silap haribulan putus selipar zaman 60-an yang aku sarungkan tu. eyh ada kebaikan jugak perangai malas ni ek?

tibe2 kawan aku tu ajak cari kat deretan kedai yang berderet kat luar sogo. tah macam mana aku tetibe rajin, laju je aku menonong keluar. dan inilah yang aku dapat.

-crocs lavendar-


tak caye? jeleslah tu!

betul tak caye ni?

percaya la.

percayalah yang aku pun tak caye yang korang akan percaya.

HAHAHA. gila dah aku memalam buta ni.

okey, okey. kali ni betul punya.

-tu dia-

dua helai selendang yang sama corak tapi berlainan warna dengan dua pasang kasut. satu sandal, satu selipar. alhamdulillah dapat jugak apa yang aku nak. seronok sangat. dah dapat tu baru teringat rumah.

ohh tidakkk.

tengok jam dah pukul enam petang. sah-sah ramai orang ni karang.

memamg dah agak. macam ulat dah aku tengok diorang ni. **dushh! sesedap bahasa je kaw cakap aku ulat??!**

agak la frust bile train sampai dan kami terpaksa melepaskan train pergi gitu je. gila kaw, tak muat lorrrh. nak sumbat jugak ke? maw pecah urat saraf kalau nak masuk jugak.

ye eyh? memandai je aku cipta ayat. -__-'

okey train yang keempat pun tibe. kali ni tak leh lepas. mesti naik tang tu jugak. mak mesti menyirap aku balik malam.

dalam train tu, meh mak nak citer nokk~ dah la dengan ramai orang, tak cukup ngan tu, mak rasa macam duduk kat dalam sauna pulak. auwww, seksi nyah.

serius geliman ayat aku tu. tapi memang panas tahap tak boleh nak lap lagi peluh tu. setengah saat je dah menitik balik. huihh banyak dosa betul aku ni. tak sampai satu saat tu! gila tak gila. okey, aku TAK gila.

masa tengah enak melayan peluh-peluhan yang merimaskan tu tibe2 terasa bahu aku dicuit beberapa kali. eyh? sape lak yang berani cuit2 aku ni? dah la tengah panas ni. kang meletup kang, menyesal kaw.

aku pusing belakang. laaa kawan aku ke? kawan aku buat isyarat yang bermaksud begini.
"kertas tadi mana?"
"ni,"
"kipas budak ni. kesian dia panas."

ohh jap, camne aku boleh tak perasan ada sorang budak yang sangat baik dalam dukungan*ada ke ayat dukungan?* ibu dia, merengek sikit-sikit tapi lepas tu senyap bila kena pujuk dengan ibu dia. aku tersengih.
sibuk sangat layan peluh.

aku pun dengan tak seberapa stabil mengipas budak tu. sesaat lepas tu, aku nak terjatuh.

eyh, train! jalan leklok sikit boleh tak?<--- sikap manusia, salah sendiri nak marah benda lain.

selamba je aku peluk ibu yang tengah dukung anak dia tu. hahaha sorry puan.

tangan aku terkial-kial kipas budak tu. biasalah, tak biasa buat kerja amal camtu la gayanya. tapi aku tabik spring melantun-lantun**boleh?** la kat kawan aku ni. sempat lagi prihatin kat orang yang dalam kesusahan time diri sendiri pun tengah susah. bagus! sikap yang terpuji okey. anak-anak muda, sila contohi belia yang berwawasan ye.

sampai je stesen yang sepatutnya aku turun, bertalu-talu mesej mak aku masuk. oh yes, sedia untuk tadah telinga.

huh, berjaya jugak belog ni diupdate.

*tap*bunyi suis dipadamkan, merangkak atas katil dan ZZzzz~

selamat malam semua. yang sedang study, selamat prep. eheee.

footnote: eyh, lupa plak. sampai rumah mak tak marah pun. ayah je yang tanya tu ni. tapi bila tengok muka ala-ala manja aku, terus tak jadi marah. heee thanx parents sebab concern. sayang menggununglah! xoxo.

Monday, May 10, 2010

update pantas

assalamualaikum n hi!

kalaulah boleh update sekarang. jap, jap


.loading.

eyh tak boleh. mata makin berat. later la. -.- zZZ

.loves from God.

what ever it is, kena bolehkan jugak. to all mothers in the world, here is something for you all. especially, for my mothers. yes, both of them. :)

A mother's love is like a circle, it has no beginning and no ending. It keeps going around and around ever expanding, touching everyone who comes in contact with it.

Engulfing them like the morning mist, warming them like the noontime sun and covering them like a blanket of evening stars.

A mother's love is like a circle. It has no beginning and no ending.

Happy mother's day dearest moms. xoxo

i took it from a book and sadly i've forgetten the title of the book. nahhh, i'd told you i've short term memory right? sigh~

like my own mother said, everyday is a mother's day.
and i replied, everyday is every 'day'. and we laughed.

off to bed...

Friday, May 7, 2010

dimanakah kamu ketika Jumaat?

assalamualaikum n hi!

.gambar hiasan.

jual beli yang berlangsung pada hari Jumaat selepas azan kedua yakni ketika khatib sudah naik ke atas mimbar adalah haram bagi kaum lelaki yang wajib baginya solat Jumaat. perkara ini sentiasa dipandang enteng oleh masyarakat Islam kini.

kita semua pernah belajar tentang akad jual beli. menurut mazhab Hanafi, Syafi'i dan sebahagian Maliki berpendapat bahawa akad jual beli tersebut sah dan hanya dosa yang ditanggung kedua-dua belah pihak; penjual dan pembeli. manakala bagi mazhab Hanbali dan majoriti Maliki pula akadnya terbatal dan jatuh hukum berdosa juga. bila akad batal maksudnya penjual dan pembeli memiliki harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhah dan bermasalah.

secara ringkasnya, kaum lelaki yang sihat, baligh dan tidak bermusafir wajib mengerjakan perintah Allah ini. selesaikan urusan jual beli sebelum azan kedua pada hari Jumaat berkumandang. "hai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."-al-Jumaat ayat 9.
-dipetik dari majalah solusi isu no. 15


.gambar hiasan 2.

ada satu kisah menarik yang aku nak kongsi. satu malam ketika di meja makan aku cerita kat mak pasal monyet yang berkeliaran di rumah.

aku: mak, tadi monyet makan pisang yang mak letak kat luar tu

mak: yeke, mana taw? dia makan ke dia buang?

aku: dia nak makan. tapi pisang tu kan tak masak lagi pastu dia buang la.

mak: *gelak* lain kali jangan bagi kat dia

aku: kenapa? kesian la dia.

adik: nak buat apa kesian? tak payah

aku: kenapa tak nak kesian?

mak: monyet tu satu sumpahan. manusia yang disumpah menjadi monyet

aku: yeke? kenapa pulak?

adik: laaa ko tak pernah dengar ke cerita ni? aku dah banyak kali dengar.

aku: tak pernah, ceritalah!

mak: zaman dedulu hari sabtu adalah hari yang paling banyak ikan dalam laut/tasik/sungai. ada la sekumpulan lelaki yang taksub sangat dengan ikan-ikan tu sampai sanggup langgar perintah Allah. abaikan seruan azan. so, kenala sumpahan tu.

aku: ooohhh
 
melopong mulut aku. tapi rasanya macam pernah dengar jugak cerita ni. aihh susah ada short term memory ni. akhir kata dari aku, semoga kita semua berada dalam lembayung kasih sayang Allah. sama-samalah kita martabatkan Islam.

Thursday, May 6, 2010

separuh jiwaku pergi

assalamualaikum n hi!

adoii pagi-pagi lagi dah hilang mood. bangun subuh tadi aku duk la membersihkan telinga. entah silap apa tetiba terasa pekak. pastu ngadu la kat mak.

mak korek telinga yang besi tu mana eyh?
nak buat apa?
nak korek telinga ni ha. rasa cam pekak da.
g klinik. bia doktor cek. t*** telinga berlambak!
=__="
cepat siap. pergi sekali dengan mak.
tak nak la, malas.

dan bermulalah leteren mak pagi tadi. nasib baik telinga aku pekak sebelah. kalau tak dah bernanah dah kot. hahaha. okey, gurau pagi.


dah lama tak luangkan masa dengan family. kalau dulu selalu je malam-malam duduk depan tv. tengok cerekarama, kelakarama, deritarama, rama-rama dan sebagainya. tapi masa macam tu dah takde. sobs~ serius rindu saat-saat macam tu.

eyh, aku tukar background lagi? well, well, fyi, aku memang seorang yang bosan cepat bosan. macam blog aku jugak. bosan. oh ye, hari tu aku ada pergi birthday party anak buah kawan aku. best sangat! jumpa dengan kawan-kawan lama yang dah terputus hubungan. rindu gile kat diorang. jom cuci mata!

fakhrul ashraf, birthday boy.

dari kanan: te'ah, farahin, kisz, elpi, as(tuan rumah).

dari kanan lagi: as, kisz, farahin, te'ah, zai, fatin, elpi.

dari... errr cuci mata je la ye.

kesian orang belakang. ;p

dah nak kahwin dah korang ye. sekarang jumpa dialog mesti camni
"ko buat apa eyh sekarang?"
"aku baru habis la. thun lepas."
"oh, sambung la pastu?"
"nanti la, rehat dulu. muda lagi kot. hahaha. ko dah habis gak kan?"

tunggu la dua tiga tahun lagi. dialog mula berubah.
"eyh, siapa budak comel ni?"
"anak aku la. yang nombor dua"
hahaha. rekaan semata-mata. wink!

.masa praktikal.

gambar dicopy dari facebook pak cik yang buat wink tu. aku telah ditag oleh beliau. tapi lepas tu akaun facebooknya deactivate. sempat aku copy gambar ni sebelum ianya lenyap. pak cik tak kisahkan saya copy? thihihi.

terjeling jam yang melekat kat dinding. OMG, i gotta go. nak beli sardin untuk kucing.

Sunday, May 2, 2010

kecapi berat badan ideal anda sekarang!

assalamualaikum n hi!

kalau korang semua ingat, aku ada cerita pasal business MLM yang mak aku join. kekeringan idea dan kesuntukkan masa menyekat pembikinan cerita aku.

produk terlaris keluaran worldwellness yang diasaskan oleh Dr. Nordin Darus adalah RxLite. RxLite adalah minuman koko yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak. ia mengandungi garcinia cambogia iaitu fiber yang membuatkan kita kenyang. L-carnitine membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. koko semulajadi bertindak sebagai antioksida untuk mengelakkan kanser. fructose oligisaccharides dan serat dnd.


korang boleh tengok info yang lebih lanjut kat sini. minuman ni sangat mudah disediakan. boleh dihidang sejuk atau panas. rasa RxLite ni sama je macam rasa milo. tak caya cubalah!

nampak sedapkan? memang sedap!

-klik untuk besarkan-

kat atas ni pelan pemakanan. means, macam mana atau bila masa nak minum RxLite ni? ha, ni la jawapannya.

1set+shaker


testimoni.

keratan akhbar berita harian.

kalau korang suka baca metro mesti perasan iklan ni. biasanya akhbar metro hari isnin, rabu dan jumaat. macam mana nak dapatkan minuman ni? contact 0193322075.

untuk pengetahuan umum, produk worldwellness ni bukan je keluarkan minuman koko ni je. banyak lagi. RxCoffe, RxWater(water filter), Rx-Tra, colostra, Rx17. ni antara produk-produk yang terlaris. boleh contact nombor kat atas untuk maklumat lanjut. nanti aku update lagi. kalau rajin. thihi~