Assalamualaikum n Hi!
ini adalah kisah luahan perasaan. kalau rasa geli dengannya, anda dipersilakan pergi
Bila bercerita soal cinta, aku hanya tersenyum gembira mendengar kisah teman'' yang sedang bahagia, aku sekadar meluahkan ketidakpuasan atas layanan yang tidak sepatutnya diterima oleh teman'', aku girang tertawa lucu dengan pengalaman teman''.
Jarang sekali aku nak buka mulut menceritakan tentang kisah cinta aku dan si dia. Melainkan jika teman'' bertanya. Itu pun aku jawab sekadar yang perlu sahaja. Sepatah ditanya, sepatah jugalah aku jawab. Terkadang aku cuba lari dari menjawab soalan'' itu. Mengubah topik perbualan.
Seorang teman tidak berpuas hati dengan jawapanku lalu dia bertanya “Kalau dia masuk meminang, awak terima tak?” Segera aku menjawab, “Ye” disulami gelak keliru. Huh, si dia nak masuk meminang ke? Datang rumah pun tak pernah. Macam'' alasan yang dia beri kalau aku undang si dia ke rumah.
Tapi kalau si dia datang meminang, semestinyalah aku akan terima. Kenapa tak? Dah lama kami jalinkan hubungan. Apa motifnya perhubungan yang kami bina selama ni kalau aku tolak pinangan si dia?
Geez, berfikiran terlalu jauh. Si dia tak pernah mengaku pada teman''nya bahawa aku adalah kekasih hatinya. Sedih, sakit, rasa seperti dipemainkan. Jadi, aku tidak meletak harapan yang tinggi untuk terus bersamanya.
Aku lepaskan dia pergi. Aku minta kebebasan dari dia. Aku tak mahu teruskan perhubungan yang tak pasti ni. Bukan sebab dia tak luangkan banyak masa dengan aku, bukan sebab dia tak uar''kan kisah cinta kami, tapi sebab hati dia masih belum bersedia untuk memberi komitmen pada cinta. Atau…. mungkin sebab aku rasa si dia mencintai gadis lain.
Tersentap aku bila alasan yang aku berikan untuk putus dengan si dia, tak boleh diterima oleh si dia. Aku menggunakan alasan yang sama ketika mana aku mengambil keputusan untuk menukar nombor dan lari dari si dia. Kata si dia, “Tak suka dengar alasan tu,” dan si dia menganggap aku ada lelaki lain. WTH?
Helo, bukan ke dia yang taknak mengaku yang dia ada hubungan dengan aku? Shit! I hate him! I hate him! Oh, I wish I could :(
What ever it is, life must go on. Aku tak pernah menyesal mengenali si dia, menjadi kawan si dia dan akhirnya jatuh cinta dengan si dia. Tapi mungkin dah tertulis bahawa aku dan si dia tiada jodoh. Jadi hubungan kami berakhir di sini. Aku sentiasa doakan kebahagiaan si dia. Walau dengan siapapun si dia bersama.
Footnote: Aku bukan baik sangat. Bila hati dah panas, bahasa yang tak enak dikeluarkan. Maaflah
Footnote2: Kalau awak baca ni, saya minta maaf. Mungkin saya yang salah sebab tak mampu bertahan sehingga ke penghujung.
Footnote3: Ayat'' dalam entry ni serius geli. HAHA !
-__-'

No comments:
Post a Comment