Tuesday, March 30, 2010

aku sah-sah bodoh!


cantik lukisan ni. walau siapapun dia, aku dah curi lukisan dia. ohh ye, aku memang tengah stress sekarang ni. **huh, setiap hari kaw nak stress!







































done!


sesiapa tolong ucapkan tahniah

Monday, March 29, 2010

perlukan bantuan

assalamualaikum dan salam sejahtera.

aku ada beberapa teka-teki untuk dijawab.

1. dalam banyak2 binatang, binatang apa yang tak suka kat perempuan?

2. dalam banyak-banyak negara, negara apa yang jakun?

3. ada seekor binatang yang bila kita bunuh, kita bunuh dua ekor binatang skali sebenarnya. binatang apa?

aku pun tak taw jawapannya. kalau korang taw, please gtaw aku. soalan-soalan ni datang dari anak-anak aku. orang suruh tanya benda lain, dorang tanya benda lain. huh, pintar sungguh budak-budak zaman sekarang. aku jugak yang jenuh nak melayannya. +___+

******************************************************

hari ni seperti biasa kelas bi pukul 8 malam. aku dengan semangat yang tak seberapa masuk ke bilik darjah. memandangkan malam ni hujan walaupun tak berapa lebat tapi petir dan bunyi guruh meyakinkan aku bahawa ramai anak-anakku yang tak datang malam ni. heh. masuk-masuk je, aku nak tergelak. anak-anakku tengah duduk berkumpul kat satu sudut di mana mereka tidak biasanya begitu.

aku
anak 1
anak 2

laaa, kenapa duduk situ?**dengan muka tahan gelak
takut tecerrr~
takut kenapa?
tadi pintu tu tiba-tiba je....**muka nak nangis
hahaha, apa la kamu ni.**jalan ke arah pintu eyh tak bole bukaklah.
ha? kenapa tecer?
hantulah tu
hish, angin je tu.**dan mereka ketawa

macam-macam perangai. sekeh kang baru taw. masa tengah enak-enak mengajar, guruh berdentum kuat dengan petir yang sambar menyambar dan tiba-tiba............ lampu terpadam! huh, kelam kabut kelas. nasib baik tiga orang je anak-anak aku hari ni, tu pun dah riuh sekampung. untuk pertama kalinya aku gelak beriya-iya dalam kelas tu. ceh, jatuh reputasi aku. nasib baik aku sayang, kalau tak...... eyh, anak orang tak bole buat apa2.

tu je untuk kali ni. hati masih pedih. masih terus berdoa untuk yang terbaik.
sayang, sayang buah kepayang

Friday, March 26, 2010

untitle.

-as i expected-
.
.
.
.
.
.
awak, saya bodohkan? menyesalnya saya. >_<

tidak dapat TIDAK

"i dont wanna run away but i cant take it
i dont understand
if i’m not made for you
then why does my heart tell me that i am?"
-if u're not the one, daniel beddingfield.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

maaf, aku masih lagi merindui dia. masih mencari jawapan. mencari di mana silapnya aku sehingga dia mengambil keputusan untuk membenci aku. ironinya, walaupun dia kata dia benci, dia masih ada dengan aku.

semalam adik aku pinjam handphone aku dan aku tak sangka dia akan pasang lagu ni. aku tergamam. lagu ni sangat banyak kenangannya. BANYAK. mungkin dia dah lupa, tapi aku tak pernah lupa. lima tahun bukan hanya sekelip mata. dalam masa itu, banyak yang kami lalui bersama dan tak mungkin semudah tu je aku boleh lupakan dia, lupakan kenangan kami. walau sepahit mana pun kenangan tu, tak ada satu pun yang aku tinggalkan terkubur macam tu je. sebab semua tu mungkin boleh jadi pengajaran untuk masa depan kami. malangnya, masa depan KAMI dah takde. yang ada cuma masa depan aku. dan masa depan dia. itu saja.

aku nak dia tahu yang aku tak pernah lupakan dia. aku tahu dia tahu tu. ego mengatasi segalanya. biarlah aku ambil tahu pasal dia tanpa pengetahuan dia. hei, awak! saya tahu kenapa awak buat macam tu. tapi mungkin apa yang saya tahu tu salah. tapi suka hati sayalah kan? kalau saya tanya awak pun saya tahu jawapan awak. "pk la sendiri". jadi saya buat andaian sendiri. dan andaian tu lebih menyakitkan dari kenyataan yang awak mencintai perempuan lain.

nota kaki 1: ya, aku hidup dalam kenangan bersama dia.
nota kaki 2: awak, saya rindu awak.
nota kaki 3: aku tahu aku loser. so?

Monday, March 22, 2010

awak, awak, awak dan awak! terima kasih.

ntah, aku rasa dihargai. :)

situasi 1
student
aku
teacher, teacher skola lagi eyh?
huh? o_0"
-gembira sebab terasa mukaku muda. hahaha~

i <3 them with all my heart
situasi 2

aku terima mesej dpd salah seorang sahabat aku

sahabatku
aku
aslkm qis, ko tgh wtpe?
wslm xxx, aku x wtpe. npe? ko ok?
aku ok. ko free? jom g mkn sama2 mlm ni.
alamak sori syg. xley la, aku ad 2syen mlm ni. ko ajk sape lagi?
la yeke? aku ajak ko je. egt nk blanje ko mkn kt xxx
baiknya ko. xpe la. aku ad kls. thx ;)
ala, aku rndu ko. hmm, xpe. lain kli aku ajak kuar msti ikut taw. huhu
-gembira sebab x penah ada orang offer nak blanje aku makan.


situasi 3
students
aku
macam mana dgn ujian baru2 ni? bole buat?
susa teacher.
apa yang susa? round off bole buat?
round off?
emm, bundarkan.
bole, yang tu bole.
bahagi? darab?
bole, tu semua bole.
habis tu apa yang susa?
ntah, soalan apa ntah*sambil salin nota*
=.="
-gembira sebab diorang bole apply kan apa yang aku ajar. :))

I've told you
situasi 4
aku tgh photostat kertas2 soalan untuk students aku pastu terpandang mak aku yang tgh prepare makanan tgh hari.
makku
aku
nape? nak ke?
ha? eyh..*geleng2 sambil pandang mesin photostat*
nah.*suakan sudu yang berisi mee dan daging dengan kuah hailam*
panas
tiup la*tiupkan utk aku :)*
aammm
dah, nak lagi?
tak nak. trime kasih*sambil sengih2 manja*
 dah lama kot tak kena suap. sayang mak lah. terbaekkk~

situasi 5
di mana aku baru mengalami kesakitan hati dan sahabat2ku banyak yang bagi kata2 semangat. thank you so much. tu je yang aku mampu bagi; ucapan terima kasih. aku bertuah sebab dapat kawan cam korang.

footnote: trime kasih korang sebab hargai aku. aku nak gtaw sesuatu, aku sayang korang weyh! :DD

trime kasih daun keladi dari,

Saturday, March 20, 2010

unforgettable memory

assalamualaikum n hi!

:))))

lupakan kisah lepas. aku dah pulih dari luka semalam. thx kat kawan2 yang support aku dan dia yang pernah hadir dalam hidup aku. sangat terharu. sayang kawan2 aku.

okey, aku janji nak cerita pasal percutian aku kat langkawikan? jom kita terjah. ;)

seperti yang korang semua tahu, aku bertolak malam sabtu. maknanya hari jumaat la kan? lepas kami sekeluarga selesai solat isya', kami semua keluar rumah untuk ke stesen ktm sg buloh. abang aku yang hantar sebab dia tak ikut. perghh jalan tak payah cakap. jammed teruk! cuti sekolah, biasalah. perjalanan nak pergi memang menduga kesabaran jugalah. tren sepatunya sampai pukul 9.55 pm tpi lewat hampir sejam setengah. +__+

nasib baik aku cool. hehehe. tren sampai je terus aku pasang earphone sambil layan novel. pastu aku mula rasa sejuk. jam 3 am mata aku masih segar walaupun dah ngantuk. aku tak selesa sebab sejuk sangat. rasa cam nak nangis je. huh, drama queen la kaw ni.

tiba-tiba aku terjaga jam 6 am. rata-rata family aku semua dah bangun. pheww, aku dah rasa selamat. hahaha. pastu sekitar 7-8 am kami makan di kantin/pantry dalam tren tu. makanan dalam tren mahalkan? nasib baik sedap. kaw ni tak reti nak bersyukur ke? ;p


-pemandangan dalam tren-
jam 12 pm kami berenam*dengan mak sedara dan sepupu aku* sampai di jeti kuala perlis. ayah uda aku dan anak bujangnya sedang menunggu dengan penuh kesabaran. blablabla, layan gambar je la k?

-menunggu ferry hampir 2 jam-

-akhirnya sampai di seberang-

dok dalam ferry tanpa apa2 pemandangan dan ferry menayangkan cerita pisau cukur. bosan yang amat menyebabkan aku melayan lena. huh, x tidur punya pasal dalam tren. pastu sampai kat jeti aku buat muka bengang sebab make up dah xde. hahaha.

 -bergegas cari tempat makan-

lepas sampai kat jeti seberang tu, kami berlapan*cam balapan je* cari pak sedara aku merangkap abang mak aku kat jalan raya. alhamdulillah, x susa pun nak cari. pastu kami semua naik van mencari tempat makan untuk mengisi kekosongan hati perut. usai makan, kami dibawa ke rumah di kawasan pedalaman. apa ek nama kg yang aku duduk tu. lupa da. uish, rumah dia boleh tahan. ada astro, mesin basuh, rice cooker, air cond, *jakun* dll. petang tu g shopping! aku tak excited sangat shopping masa 1st day tu. mungkin sebab dah letih kot.

 -ni la rumah yang aku maksudkan. agak besar tapi agak panas-

14hb mac, ahad, hari kedua.

kami sekeluarga membuat perancangan untuk naik cable car. yes, tu yang aku tunggu2! :D. sebelum keluar rumah wajib snap gambar dulu. tercapai jugak hajat aku nak naik cable car. nasib baik kami bertolak agak awal so, tak ramai orang sangat. :)

-dalam cable car-
-tiang gegaran. heeeee, terasa gerun gak la-

-haha, terkekek2 aku gelakkan mak aku sebab gayat. jahatkan aku? ;)-

-adik aku ngn sepupu dia*sepupu aku jugak*. kadang2 mereka menguji kesabaran aku. huh-


lepas turun dari cable car, kami diberi gambar kenangan tapi bukan free =_=". jom tengok rusa plak! :)


comel rusa2 ni. jinak pulak tu. yang aku nampak 4 ekor je. x taw la kalau orang tu mandikan rusa2 yang lain. cut it short la eyh. lepas tgk rusa, aku jalan2 dalam kawasan tu. shopping and so on. lepas tu lapar, makan kat ros kopitiam. aku order fried rice chicken satay. sedap! harga pun okey la. lebih kurang pukul 1 pm kami pun beredar. ingat nak g underwater world, tapi sepupu2 aku nak g mandi pantai. ish, gedik la korang ni. tga2 hari buta pn nak mandi pantai. kami pun beredar ke pantai chenang selepas solat zuhur dan asar di masjid berdekatan. lepas tu g shopping gamat dan chocolate lagi. hampir jam 9 pm baru sampai rumah. dan jam 10 pm aku dapat mesej yang buat aku down. sampai hati dia. huk ;(. berhenti berdrama bole tak?

-lelaki dan kosmetik =.="-

15hb mac, isnin, hari ketiga.


pantai chenang chantek jugak. hehehe. ramai rakyat asing yang putih melepak dan gebu2. siyes cuci mata kat sini. gila kaw, buat dosa je. okey2, seperti gambar yang korang ley tgk kat atas tu, kami bersarapan kat pantai tu sebelum naik van ke jeti......... errr, aku dah lupa nama jeti tu. ampun. kami ada buat tempahan utk ke 3 pulau terglamor abad ni kat langkawi; pulau dayang bunting, eagle feeding dan pulau beras basah. rm25 sekepala. x sempat makan kat rumah sebab nak keluar rumah awal sangat.


masa aku mula2 nak rendam kaki kat sini aku terkejut tengok ikan keli yang keluar. memang meremang bulu tenguk aku. geli! tapi tgk sepupu aku rilek je aku pun try rendam. eeee, siyes geli. tapi sebab tak nak lepaskan peluang, aku rendam gak. lama2 tu rasa okey. baru aku taw nape nama dia catfish, sebab dia ada misai. hahaha. masa ikan tu datang banyak2 kat keliling kaki aku, aku rasa macam kucing lak yang manja2 ngan aku, tu yang hilang rasa geli tu. best! aku tak kan lupa pengalaman kat sini. setiap kali teringat mesti aku tersengih cam kerang busuk. heeeee :D

-monyet punya mon!-

monyet tu rampas botol air aku. huh, egt kaw boleh terlepas camtu je? penjenayah di kesan, sila bawa ke balai. ;pp. ohh ni kat pulau dayang bunting. lagendanya menceritakan tentang seorang puteri kayangan yang berkahwin dengan putera.... lupa lagi =.=". anaknya meninggal dunia selepas dilahirkan. disebabkan sedih dan kecewa, puteri tu semadikan anak tu kat dalam air tasik tu. beliau bersumpah sesiapa yakni wanita yang sudah berkahwin dan belum mempunyai zuriat yang mandi di tasik tersebut akan mendapat anak. i.allah, semua ni kuasa Allah. kita sebagai manusia tak patut mengalah selagi ada jalan. nak tahu lebih lanjut klik cerdik pandai.

-eagle feeding-

kat sini tak bole blah. hahahaha. kami tak bawa apa2 makanan tuk bagi kat helang jadi kami campakkan roti yang berbungkus2. hahahaha. lawak gila. ada lak helang makan roti. lawak la~~


pulau beras basah. aku tak taw nape nama dia beras basah. :-?? kat sini xde pape yang interesting sangat. cuma budak2 bole la mandi kat sini. lagi satu air dia pun jernih. pantai kat langkawi ni memang best. pasir putih, air jernih, monyet banyak. hahahaha.

-cik mon ni memang pandai beraksi-

lepas melawat pulau2 tu, kami singgah makan cendol pulut. yummy. tengah panas2 tu memang nikmatlah! lepas tu balik rumah untuk rehat sekejap. lepas tu chow g jeti ke kuala kedah. sampai je terus dapat bas ke butterworth. best je aku tidur dalam bas tu. dok seat blakang skali.

masa naik teksi dalam perjalan nak g stesen bas, aku nampak restoran RFC. sayang, xde rezeki. bas dah ada di perhentian. lepas tu elok je kat jalan raya lori dia dok sebelah bas yang aku naik. petanda tu. tak lama lagi dapat la aku makan RFC ni kan? hahaha. kami tiba di stesen mana ntah, aku dah tak ingat la. sebab masa tu aku dah penat sangat. makan kat situ pun tak abis. dalam kepala aku fikir bantal je. sampai rumah ayah uda aku. siap mandi aku terus bummmmm. zzzZZZ.

esoknya, masak beramai-ramai dan hasilnya.

-sambal belacan+mango. terliur wa cakap lu!-

sekejap je licin lauk-pauk untuk tengah hari tu. malamnya, kami makan kat restoran nasi kandar. bole tahan la, amek order pakai PDA. huh, aku jugak yang jakun. saat perpisahan pun tiba. sedihkan bila nak berpisah. walaupun kita taw yang kita akan berjumpa lagi. aku pun bersalam-salaman dengan pak2 sedara dan mak2 sedara aku. dorang naik bas. family aku je yang naik tren. senang terus sampai sg. buloh. lepas salam-salam kami sekeluarga dengan ayah uda aku pun gerak g stesen ktm butterworth. kali ni tren dia selesa. sejuk pun tak sejuk sangat. lepas ayah uda aku kembali ke stesen bas, orang lain semua ready nak tidur. aku pasang earphone dan layan novel sampai aku tertidur sama. :). dan esok paginya jam 6.28 am, kami sampai di stesen sg. buloh. dan berakhirlah kisah percutian aku. ohh, lupa lak, masa kat penang sempat cari jeruk. :D

tempat yang aku tak sempat nak g masa kat langkawi; padang matsirat, underwater world, mahsuri, dll. agak terkilan, tapi mungkin ada lain kali. apa2 pun family trip ni memang best! unforgettable memory. :)

menghargai keindahan alam,

Thursday, March 18, 2010

real sick

God, he taught me a lot
about real life, about love
he cares for me so much
he know what i feel
he comfort me when everything is uneasy
he is someone that i would never forget
even for a second
i couldn't believe he hates me now.
i want him forever
even he isn't always here with me
even i've to wait for a long time
even my heart broke because of him
-why is it so heartless?-

but now is different
he doesn't feel the same for me
he doesn't love me as i do
he doesn't care for me
as much as he care for her
i know his feeling
i know he loves her
more than he loves me
even i try to be the best for him
even i try to be patient waiting for him
even i give he him time more than he deserve
but love is love
it could be as cruel as it could be
i don't blame him
for loving her
and for that
i let him go
and i hope he will never come back
as he always did before
because if he come back
i'll never ignore him

God, if he close his heart for me
please give me the strengh
so i can stop cry real tears here.

speech: i should update about a trip to langkawi but i don't feel like i want to. so sorry my dear readers. maybe next entry.
speech2: sorry for the wrong spelling and grammatical error. U_U"
wish me well soon,

Wednesday, March 17, 2010

percutian di langkawi

wow! tapi agak sakai.