Saturday, March 20, 2010

unforgettable memory

assalamualaikum n hi!

:))))

lupakan kisah lepas. aku dah pulih dari luka semalam. thx kat kawan2 yang support aku dan dia yang pernah hadir dalam hidup aku. sangat terharu. sayang kawan2 aku.

okey, aku janji nak cerita pasal percutian aku kat langkawikan? jom kita terjah. ;)

seperti yang korang semua tahu, aku bertolak malam sabtu. maknanya hari jumaat la kan? lepas kami sekeluarga selesai solat isya', kami semua keluar rumah untuk ke stesen ktm sg buloh. abang aku yang hantar sebab dia tak ikut. perghh jalan tak payah cakap. jammed teruk! cuti sekolah, biasalah. perjalanan nak pergi memang menduga kesabaran jugalah. tren sepatunya sampai pukul 9.55 pm tpi lewat hampir sejam setengah. +__+

nasib baik aku cool. hehehe. tren sampai je terus aku pasang earphone sambil layan novel. pastu aku mula rasa sejuk. jam 3 am mata aku masih segar walaupun dah ngantuk. aku tak selesa sebab sejuk sangat. rasa cam nak nangis je. huh, drama queen la kaw ni.

tiba-tiba aku terjaga jam 6 am. rata-rata family aku semua dah bangun. pheww, aku dah rasa selamat. hahaha. pastu sekitar 7-8 am kami makan di kantin/pantry dalam tren tu. makanan dalam tren mahalkan? nasib baik sedap. kaw ni tak reti nak bersyukur ke? ;p


-pemandangan dalam tren-
jam 12 pm kami berenam*dengan mak sedara dan sepupu aku* sampai di jeti kuala perlis. ayah uda aku dan anak bujangnya sedang menunggu dengan penuh kesabaran. blablabla, layan gambar je la k?

-menunggu ferry hampir 2 jam-

-akhirnya sampai di seberang-

dok dalam ferry tanpa apa2 pemandangan dan ferry menayangkan cerita pisau cukur. bosan yang amat menyebabkan aku melayan lena. huh, x tidur punya pasal dalam tren. pastu sampai kat jeti aku buat muka bengang sebab make up dah xde. hahaha.

 -bergegas cari tempat makan-

lepas sampai kat jeti seberang tu, kami berlapan*cam balapan je* cari pak sedara aku merangkap abang mak aku kat jalan raya. alhamdulillah, x susa pun nak cari. pastu kami semua naik van mencari tempat makan untuk mengisi kekosongan hati perut. usai makan, kami dibawa ke rumah di kawasan pedalaman. apa ek nama kg yang aku duduk tu. lupa da. uish, rumah dia boleh tahan. ada astro, mesin basuh, rice cooker, air cond, *jakun* dll. petang tu g shopping! aku tak excited sangat shopping masa 1st day tu. mungkin sebab dah letih kot.

 -ni la rumah yang aku maksudkan. agak besar tapi agak panas-

14hb mac, ahad, hari kedua.

kami sekeluarga membuat perancangan untuk naik cable car. yes, tu yang aku tunggu2! :D. sebelum keluar rumah wajib snap gambar dulu. tercapai jugak hajat aku nak naik cable car. nasib baik kami bertolak agak awal so, tak ramai orang sangat. :)

-dalam cable car-
-tiang gegaran. heeeee, terasa gerun gak la-

-haha, terkekek2 aku gelakkan mak aku sebab gayat. jahatkan aku? ;)-

-adik aku ngn sepupu dia*sepupu aku jugak*. kadang2 mereka menguji kesabaran aku. huh-


lepas turun dari cable car, kami diberi gambar kenangan tapi bukan free =_=". jom tengok rusa plak! :)


comel rusa2 ni. jinak pulak tu. yang aku nampak 4 ekor je. x taw la kalau orang tu mandikan rusa2 yang lain. cut it short la eyh. lepas tgk rusa, aku jalan2 dalam kawasan tu. shopping and so on. lepas tu lapar, makan kat ros kopitiam. aku order fried rice chicken satay. sedap! harga pun okey la. lebih kurang pukul 1 pm kami pun beredar. ingat nak g underwater world, tapi sepupu2 aku nak g mandi pantai. ish, gedik la korang ni. tga2 hari buta pn nak mandi pantai. kami pun beredar ke pantai chenang selepas solat zuhur dan asar di masjid berdekatan. lepas tu g shopping gamat dan chocolate lagi. hampir jam 9 pm baru sampai rumah. dan jam 10 pm aku dapat mesej yang buat aku down. sampai hati dia. huk ;(. berhenti berdrama bole tak?

-lelaki dan kosmetik =.="-

15hb mac, isnin, hari ketiga.


pantai chenang chantek jugak. hehehe. ramai rakyat asing yang putih melepak dan gebu2. siyes cuci mata kat sini. gila kaw, buat dosa je. okey2, seperti gambar yang korang ley tgk kat atas tu, kami bersarapan kat pantai tu sebelum naik van ke jeti......... errr, aku dah lupa nama jeti tu. ampun. kami ada buat tempahan utk ke 3 pulau terglamor abad ni kat langkawi; pulau dayang bunting, eagle feeding dan pulau beras basah. rm25 sekepala. x sempat makan kat rumah sebab nak keluar rumah awal sangat.


masa aku mula2 nak rendam kaki kat sini aku terkejut tengok ikan keli yang keluar. memang meremang bulu tenguk aku. geli! tapi tgk sepupu aku rilek je aku pun try rendam. eeee, siyes geli. tapi sebab tak nak lepaskan peluang, aku rendam gak. lama2 tu rasa okey. baru aku taw nape nama dia catfish, sebab dia ada misai. hahaha. masa ikan tu datang banyak2 kat keliling kaki aku, aku rasa macam kucing lak yang manja2 ngan aku, tu yang hilang rasa geli tu. best! aku tak kan lupa pengalaman kat sini. setiap kali teringat mesti aku tersengih cam kerang busuk. heeeee :D

-monyet punya mon!-

monyet tu rampas botol air aku. huh, egt kaw boleh terlepas camtu je? penjenayah di kesan, sila bawa ke balai. ;pp. ohh ni kat pulau dayang bunting. lagendanya menceritakan tentang seorang puteri kayangan yang berkahwin dengan putera.... lupa lagi =.=". anaknya meninggal dunia selepas dilahirkan. disebabkan sedih dan kecewa, puteri tu semadikan anak tu kat dalam air tasik tu. beliau bersumpah sesiapa yakni wanita yang sudah berkahwin dan belum mempunyai zuriat yang mandi di tasik tersebut akan mendapat anak. i.allah, semua ni kuasa Allah. kita sebagai manusia tak patut mengalah selagi ada jalan. nak tahu lebih lanjut klik cerdik pandai.

-eagle feeding-

kat sini tak bole blah. hahahaha. kami tak bawa apa2 makanan tuk bagi kat helang jadi kami campakkan roti yang berbungkus2. hahahaha. lawak gila. ada lak helang makan roti. lawak la~~


pulau beras basah. aku tak taw nape nama dia beras basah. :-?? kat sini xde pape yang interesting sangat. cuma budak2 bole la mandi kat sini. lagi satu air dia pun jernih. pantai kat langkawi ni memang best. pasir putih, air jernih, monyet banyak. hahahaha.

-cik mon ni memang pandai beraksi-

lepas melawat pulau2 tu, kami singgah makan cendol pulut. yummy. tengah panas2 tu memang nikmatlah! lepas tu balik rumah untuk rehat sekejap. lepas tu chow g jeti ke kuala kedah. sampai je terus dapat bas ke butterworth. best je aku tidur dalam bas tu. dok seat blakang skali.

masa naik teksi dalam perjalan nak g stesen bas, aku nampak restoran RFC. sayang, xde rezeki. bas dah ada di perhentian. lepas tu elok je kat jalan raya lori dia dok sebelah bas yang aku naik. petanda tu. tak lama lagi dapat la aku makan RFC ni kan? hahaha. kami tiba di stesen mana ntah, aku dah tak ingat la. sebab masa tu aku dah penat sangat. makan kat situ pun tak abis. dalam kepala aku fikir bantal je. sampai rumah ayah uda aku. siap mandi aku terus bummmmm. zzzZZZ.

esoknya, masak beramai-ramai dan hasilnya.

-sambal belacan+mango. terliur wa cakap lu!-

sekejap je licin lauk-pauk untuk tengah hari tu. malamnya, kami makan kat restoran nasi kandar. bole tahan la, amek order pakai PDA. huh, aku jugak yang jakun. saat perpisahan pun tiba. sedihkan bila nak berpisah. walaupun kita taw yang kita akan berjumpa lagi. aku pun bersalam-salaman dengan pak2 sedara dan mak2 sedara aku. dorang naik bas. family aku je yang naik tren. senang terus sampai sg. buloh. lepas salam-salam kami sekeluarga dengan ayah uda aku pun gerak g stesen ktm butterworth. kali ni tren dia selesa. sejuk pun tak sejuk sangat. lepas ayah uda aku kembali ke stesen bas, orang lain semua ready nak tidur. aku pasang earphone dan layan novel sampai aku tertidur sama. :). dan esok paginya jam 6.28 am, kami sampai di stesen sg. buloh. dan berakhirlah kisah percutian aku. ohh, lupa lak, masa kat penang sempat cari jeruk. :D

tempat yang aku tak sempat nak g masa kat langkawi; padang matsirat, underwater world, mahsuri, dll. agak terkilan, tapi mungkin ada lain kali. apa2 pun family trip ni memang best! unforgettable memory. :)

menghargai keindahan alam,

4 comments:

jannerozman said...

waaahhh..
lgkawi mmg best!!..

damn best!!..
rindu nk pegi lagi!..
haih..

Qis said...

kan, kan, kan?
lain kli kita wat friends trip lak.
hahaha.

Anonymous said...

of koz 1st skali aku jelez... huhu
2nd aku tumpang gembira... 3rd aku menunggu hari fren trip tu... haha

Qis said...

1st skali, aku lgi jeles ngn ko. bpe jam je nk smpi kuala perlis tu.

2nd, trime kasih :DD

3rd, aku pun menghitung tahun jgk. hahaha.