Syukurlah aku masih bernafas hari ni. Masih bangun dari katil sendiri. Masih berjalan menggunakan dua kaki. Masih boleh melihat muka sendiri yang tak berparut kesan-kesan luka. Masih tersenyum dengan bibir yang cantik(sekurang-kurangnya).
Oh apakah yang mak cik ni sedang kepohkan? Entahlah, aku tak tahu apa yang aku fikir semasa aku memandu. Aku ingat tumpuan aku hanya pada jalan raya dan kereta di sekitarnya. Rupanya, aku silap. Mungkin aku sebenarnya hanya fikirkan tentang kelajuan.
Trust me, semalam je aku hampir bertembung dengan tiga buah kereta.
Pertama, ketika keluar dari simpang yang agak sibuk berdekatan kawasan rumah aku. Ketika ni jalan nampak clear. Tapi, tapi, at the time aku nak keluar simpang, entah dari mana datangnya teksi. Aku terkejut, teksi tu hilang kawalan. Nasib baik kami selamat.
Kedua, juga nak keluar simpang. Sebuah kereta beri laluan pada aku supaya aku jalan dulu. Aku ingat jalan tu takde kereta dah so aku nak keluar la en, tapi tiba-tiba ada kereta horn. Oh darn! Stupid. Aku terpaksa angkat tangan minta maaf.
Ketiga dan yang paling gila. Ketika mahu memotong. Depan kereta aku ada sebuah van. Sesungguhnya ketahuilah anda, aku sangat benci lori, van atau apa-apa je kenderaan yang tinggi di hadapan aku. Ianya menghalang penglihatan aku. Sangat tak suka. Dah la slow. Then aku pun bajet lah nak potong. Tengok cermin sisi dan cermin pandang belakang clear! Okey, nak masuk lane kanan. Pastu tiba-tiba nampak muncung kereta mercedes. Perghh memang masyuklah kalau aku langgar. Botak babe, botak kepala aku! Kereta tu brek mengejut sebab dia dah terhimpit ke tepi. Masa ni aku rasa cuak gila. Tak jadi aku nak memotong. Kereta tu pula tak gerak-gerak dari tempat dia brek tadi. Aku takut juga jadi pape kat pemandu tu. Manalah tahu dia ada heart attack ke. Tak ke naya guwa.
Aku dok usha je kereta tu dari cermin pandang belakang kereta aku. Bila kereta tu dah mula gerak, aku pun legalah sikit. Aku biar dia potong aku. Yelah, mana tahu dia nak block aku ke minta ganti rugi kan. Aiceh macam ada duit je kalau dia minta ganti rugi. Takdelah, aku rasa bersalah gila kot. Rasa macam nak turun minta maaf je tahu? Haha, fine, fine, mentang-mentang dia bawa kereta yang bergaya. Cam siot pula aku rasa.
Masa nak tidur malam tadi aku duk fikir-fikir.
Ya Allah, tiga kali weyh dan aku masih bernyawa. Aku macam tak percaya.
Ini semua ketentuan Allah. Aku tahu itu. Tapi bila aku duk merenung apa yang terjadi siang tu aku rasa bersyukur sangat. Aku taknak mati katak.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku.
[masih dapat lalui hari yang indah]
Sekarang aku dah tak berani lagi nak bawa laju-laju. Memotong ikut suka, atau apa-apa jelah yang berkaitan. Kalau ada lori hantu sekali pun depan kereta aku, aku taknak potong dah. Tolong jangan tanya kenapa. Trauma kot.
At least for this time being. Heheheh.
At least for this time being. Heheheh.
4 comments:
hati2 lain kali !..
haih... -_-
baik! saya akan lebih berhati-hati lain kali. heheh
kaw ingat tu litar sepang ke nk buat aksi2 ngeri cmtuh??? haha
haha. sb tu bkn litar sepang la aku brani wt cmtu. :P
Post a Comment