Sayup kedengaran azan subuh berkumandang dari surau yang berhampiran dengan rumah. Selimut di hujung kaki ditarik sampai ke dada. Nyamannya cuaca pagi ni. Syok betul tidur time hujan.
Setengah jam selepas azan berkumandang jam loceng di sisi meja memekak. Hujan semakin lebat. Tap! Button off di tekan. Zzzz
Lima minit kemudian. Tok, tok! Pintu bilik di ketuk “subuh, subuh,” suara ayah kedengaran. Segera badan ditegakkan tangan pantas menghidupkan suis lampu. Terang benderang bilik yang dingin itu. Kipas dimatikan. Kalau panas nanti senang nak bangun. Kemudian baring semula. Tidur sekejap je lagi. Sekejap je.
Badan dikalih dari kiri ke kanan. Kepala terasa berat. Celikkan mata, jeling jam di meja belajar "9.00 a.m.?" bingkas bangun. Tepuk dahi, “Ya Allah, subuh aku!”
Footnote: Betapa lemahnya manusia bila diuji. Sedangkan dia diberi keselesaan. Namun dalam keselesaan itu dia menjadi terlalu selesa sehingga terleka dan terbabas.
No comments:
Post a Comment