Saturday, December 25, 2010

Pengakuan berani mati.

Assalamualaikum n Hi!

Saya jatuh cinta dengan awak sebab apa awak nak tahu? Sebab awak kacak bergaya, mutu dan keunggulan. Eh terbuat iklan dashing pula. Tapi awak, betul ni saya jatuh cinta kat awak sebab tu lah.


Awak tahu, emak saya cakap biar papa asal bergaya. Wahh, awak memang ada ciri-ciri lelaki idaman emak saya. Kalau emak saya nampak awak mesti dia nak rampas awak dari saya. Sebab tu lah saya tak nak bawa awak jumpa dia.

Walaupun awak miskin tapi saya suka sebab sekurang-kurangnya awak tak selekeh dan hina. Awak pandai bergaya. Bila saya jalan dengan awak saya rasa bangga sangat. Kembang hidung, punggung dan segala-galanya kembang, rasa macam nak terapung je sebab saya tahu semua mata memandang ke arah awak dan saya pasti dalam hati mereka berbisik untungnya saya sebab ada pakwe macam awak.

Orang ibaratkan kita macam merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua, beauty and the beast. Eh, tak beauty and the beast tu memang tak ah kan. Kita kan sama-sama padan macam enggang dengan enggang. Orang yang cakap kita macam beauty and the beast tu memang cemburu dengan kita awak tahu.


Tapi satu hari tu awak kemalangan. Awak bawa motor laju dan awak berlanggar dengan kereta yang datang dari simpang depan. Awak cedera teruk. Muka awak dah tak macam awak lagi. Teruk sangat. Patah riuk. Saya sedih sangat.

Awak call saya lepas awak keluar dari wad. Awak tanya kenapa saya tak datang lawat awak masa awak kat wad. Awak tanya kenapa saya dah lama tak contact awak. Awak tanya kenapa saya berubah. Saya tak sampai hati awak, saya tak sampai hati nak bagitahu awak perkara yang sebenar.

Selepas awak baca ni, saya harap awak dapat jawapannya. Saya tak sanggup nak bagitahu awak. Saya minta maaf.

2 comments: