Wednesday, February 2, 2011

Untitle

Assalamualaikum. Sebenarnya takde benda pun yang aku nak update sangat. Geram. Ye, itu saja. Geram pada orang yang berpura-pura.


Tak boleh ke berterus-terang je? Susah sangat ke nak berterus-terang? Walaupun terus-terang kadang-kadang membawa malapetaka seperti disakiti atau menyakiti tapi bukankah itu lebih baik daripada ianya terbongkar keluar dari mulut orang lain? Bukankah itu lebih dasyat sakitnya?


Aku tak faham. Kenapa perlu bersembunyi disebalik wajah tenang sedangkan hati sangat pedih. Rahsia hati biarlah aku pendam. Sakit biarlah aku seorang yang tahu. Kecewa biarlah aku seorang yang tanggung. Benci tak mungkin aku membenci. Suatu saat aku yakin semuanya akan okey.


Aku tak tahulah apa yang aku merapu ni. Maaflah aku memang begini. Keliru dengan perasaan sendiri. Benda kecil yang diperbesar-besarkan. Aku hanya wanita lemah yang cuba mencari kekuatan dengan kehadiran keluarga dan teman-teman. Syukurlah aku masih ada mereka. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan mereka padaku.

Footnote: Aku perasan entry aku sejak tahun 2011 ni emo. Nampak gayanya 2011 aku tak bermula dengan baik. Kena teruskan usaha gigih untuk menjadikan hidup lebih baik.

2 comments:

jannerozman said...

tahun 2011 saya juga tidak bermula dgn baik.
malah air mate menjadi penyambut tetamu :)

Qis said...

i wonder y. huhu